Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!

Apa plan cuti merdeka ni? Kami? Duk golek2 di rumah aje. Maybe kluar jap lagi nak amik baju raya yang ditempah. Arap2 dah siap ye kak De 'Anggun. Nangis tak berlagu kami kalau tak siap. Nak beli baju siap? Owhh bukan sekarang masanya. Dah tak sempat. Shopping complex sana sini crowded orang nak shoping raya. Tingin gak nak ke S*go / Jalan T*R. Tapi sure laga2 bons nanti. Owh saya tidaklah kuasa bersesak2 ke sana dengan si kecil Muaz nih. Saya tak akan pergi ke soping complex/tempat yang memang ramai giler org lagi2 sejak ada Muaz. Sian kat baby weh..Jualan gudang kat Pre*int 2 pun lalu tepi jalan je. Sure ramai giler org kat dalam tu. Jus*o Equine saje sudah ;)

Semalam renew lesen keta yang dah expired minggu lepas. Ingat nak g post office J*M je. Tapi alang2 duit keta pun tak byr lagi trus start enjin ke Alam*nda. Bajet tak ramai org. Tapi jangkaan meleset. No giliran 1562. No sekarang 1450. OMG 100 over lagi. Dah sampai malas bak patah balik. So tunggu je la. Boring tak tau nak watpe kuar jap singgah MPH. Nak cari buku 'Mama Saya Lapar' written by Wardina Safiyyah. Terjumpa lak lagi satu buku yang agak menarik juga: Men R From Mars, Women R From Venus by John Gray. Selalu dengar statement ni. Tapi tak penah baca. So saya amik juga buku ini. Beli buku cenggini boleh dikecualikan dari cukai ke? Sementara menunggu giliran, sempat gak baca dalam 20 pages. Memang menarik tak sabar nak abiskan. Bila la no giliran nak dipanggil nih? Jam dah pukul 5.00 ptg. Orang pun ramai dah blk. Disebabkan dorg tak sanggup tunggu, laju je no giliran dipanggil. Kul 5.05 ptg baru no saya dipanggil. Dah abis opis hour dah pun nih. Nak wat cane? Trpaksa la wat juga.

Saturday, August 28, 2010

Nuzul Quran + Bonus raya RM500

Hye..tak sempat nak update semalam pasal Nuzul Quran. Saje nak ingat balik. Peristiwa turunnya ayat Al-Quran pertama  iaitu 5 ayat pertama dari Surah Al-'Alaq kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-41 dari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda beribadat di Gua Hira'. Ayat Al-Quran seterusnya turun berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran pada hari ini yang mengandungi 114 Surah.

Nuzul Quran Selangor cuti. Jalan raya kat area Seri Kembangan sangat lengang. Putrajaya pun tak lah jem seteruk slalu. Maybe ramai amik peluang bercuti sambung plak tu sampai Selasa, 31 Ogos. Sure ada yang balik kampung..tak pun apa lagi..soping raya la..maklumlah dapat bonus raya RM500. Alhamdulillah..rezeki kami + mak + abah + MIL + FIL + angah pun dapat..Muaz leh dapat duit raya lebey tahun ni ;p cian acu..ngeh..ngeh..ngeh...copek2 la abiskan thesis tu..kojo copek2...oppss..elaun tutttttt...pun dah masuk. Alhamdulillah ;) kene plan financial ni..abah sabar ye...nanti berkepuk2 la tuh..hehe..

Hari ni plan nak g kedai jahit langsir skit. 2 tingkap kecik kat depan tu tak berlangsir sejak mula kami masuk umah ni. Dahsyat tui...nak raya baru nak cari langsir. Agaknya kalau tak raya tak psg2 lagi langsir tu.

Wednesday, August 25, 2010

Senyuman Manis Si Comel GiveAway

Hye...join contest lagi! So kengkawan yang interested leh klik sini yer...


So here goes omel mama ;)


Gamba ni masa kami p holiday d Langkawi bulan Jun yg lepas. Muaz memang happy sangat sebab dilambung2 dek wan nya. Manja wan la katakan ;)

Nama penuh Sicomel : Muhammad Muaz bin Mohd Azryil Azimie
Umur Sicomel masa ni : 9 bulan
Status Sicomel : Anakku
Nama pengirim : Aniza --> ; specialist05@yahoo.com

p/s : Happy Belated Birthday Zarith! ;)

Tuesday, August 24, 2010

Contest Senyuman @ Happy Birthday Farisyah

Hye frens..nak join contest ni klik sini yer...


Saya join juga. Tengoklah anak saya macam orang bujang kat bawah ni ;)

Nama : Muhammad Muaz bin Mohd Azryil Azimie
Umur masa ni : 8 bulan (baru je nak tumbuh gg)

p/s : Happy becoming birthday Farisyah! ;)

Monday, August 23, 2010

Shopaholic~~

Last Saturday instead of staying in d house we decided to go out n looking for Muaz's baju raya. Actually we already sent the kain to De 'Anggun (our fav tailor) to make abah n Muaz's baju Melayu. So dis time father and son will totally look the same wearing their grey baju Melayu. Cant wait to see them..ngee. Grey is our theme this year ;)

Since i already bought some baby poney t-shirt last Friday, so we just looking for the pants. Come to the best part. Choosing the most suitable pants for Muaz and i found two. The 1st one cost RM129 and the second one cost RM54.50 after 50% less. To me both of them are too expensive. Even my pants doesnt cost that much. Leh tahan harga baju baby ni ye. I think most of the baby and kids wear are almost the same depending on the particular brand that u choose. To me the reason why the price is like that is the material itself and the design. It is beautiful, soft and comfortable. So we decided to buy them. Alah membeli menang memakai la katakan.

I love shopping especially looking for Muaz clothes. Sometimes i dont bother how much i spent for it as long as it's cute, soft and suit to him. Luckily, abah was there last Saturday so when i was trying to look at other shirt and pyjamas he just stopped me and pulled me away..hehe.

Cant wait to see him wearing the new shirts and pants. This year is the 2nd Hari Raya for my clever lil boy ;)

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan 9 = Muaz 11 bulan

Kejap je dah 9 hari puasa. Bila pikir2 apelah amal jariah yang dah dibuat setakat ni. Kalau dulu masa blaja pas abis solat sure mengaji punye sebab eager nak khatam bulan pose + join tadarus al-quran yang skolah anjurkan. Tapi skang ni setakat Ramadhan 9 ni saya baru baca sekali tu pun 5 ke 6 muka surat jer. Ohhh...teruknya. Kalau tak leh nak khatam at least sehari satu ayat pun dah cukup baik kan dari takde langsung. Kene wat jugak ni. Saya pernah dengar la ada orang kata kalau sehari tak baca quran akan tercalit satu titik hitam dalam hati kita. Kadang2 bila pikir balik agaknya sbb tu la hati ni tak tenang, ada je syak wasangka, pikir yang bukan2.

Tarawih dah sah2 tak dapat join abah. Kalau g sape lak nak jaga anak bujang sorang nih. Buat kat umah bole. Pastu kang Muaz datang memanjat nak attention. Banyak tui cabaran bila dah ada anak ni. Kdg2 rasa tak menang tgn, nak basuh pinggan dengan bajunya, dengan nak masak lagi...oppss...saya masak ke? Hey saya masak ok. Tapi baru 2 kali tu pun masa sahur je..;p nasi goreng kampung satu!! Buka? Masak nasi aje la. Sampai umah dah pukul 7. Alamatnye beli lauk le. Malam dah penat, tdo..yang bestnyer pagi tadi tak sahur...hmmm

---------

Just a few update on Muaz. Hari ni Muaz dah 11 bulan. Dah pandai meniru gaya orang tua. Dah pandai nak pilih channel tv..hehe. Dah pandai nak suap mknn dari pinggan..pandai sikat rambut tapi pegang sikat terbalik..hehe n dah nak mula berdiri. Gigi dah semakin banyak yang tumbuh. Suka sangat nak menggeget skang nih. Bertuah tui Muaz ni. Mama tak bagi nenen kang..baru tau ;) geli hati pun ada tgk dia main2..ishh..ishh..ishh ;)

GIVEAWAY UNTUK RAYA SAKAN

Hye sume! Minggu ini adalah minggu entry GA nmpaknya. Another GA dat i would like to try my luck di samping saje sesuka sambil memeriahkan suasana..hehe..chantique tak beg kat bawah tu?



Beg ni adalah GA Untuk Raya Sakan anjuran CIK AS aka Tote Boutique So jom kengkawan let's join. Cantik beg yang dia offer tu ;) macam2 leh isi...bestnyer kalau dapatkan..Tarikh tutup 25 Ogos 2010.

Nak join tak susah..just namakan beg yang kat atas tu..

So Cik As,

Saya bagi nama beg tu Flower In The Desert.
Flower In The Desert sebab beg ni nampak simple tapi menarik dengan corak bunga pink n putih sekuntum2 bertabur atas background kaler itam. Kira Flower In The Desert la tu. Sape yang tengok pasti tertawan..cewahh!

p/s : Ada harapan tak saya Cik As? ngee ;p ~~

Tuesday, August 17, 2010

Ape saje la keje anak teruna sorang nih?

Muaz skang nih dah semakin laju 'menarik' (bak kata orang pahang la). 'Menarik' tu meniarap ke depan la. Port yang dia suka pegi kat umah tu plug suis. Dah pandai cuba2 nak tekan suis sbb ari2 dok tgk mama petik suis kipas n lampu. Satu lagi pot yang dia suka g kat bawah meja. Tengoklah gmba ni ha. Pelan2, diam2 dia masuk bwh meja. Mentang2 lah muat..hehe

Ni baru tangan yang naik...

Hehe..tengok tu. Badan pun dah naik dah...Ade je keje dia..
Hey cayang mama nih~~

p/s: Sonok tgk gelagat anak2 kita ni kan. Rasa nak marah pun x jadi, rasa terhibur adalah...;)

Monday, August 16, 2010

moment with newborn baby contest

2nd GA dat i would like to join. Ari ni bersemangat nak join GA. So jom kengkawan join contest anjuran alyyani ni...


Jom kita imbau kembali saat-saat my lil hero, Muhammad Muaz dilahirkan~~


nama : MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AZRYIL AZIMIE
tarikh lahir : 190909 (29 Ramadhan 1430H)
berat semasa lahir : 2.83 kg
umur ketika gambar diambil : 6th day after delivery
nama ibu : NOR ANIZA BINTI MOHAMED HASSIM
cerita di sebalik gambar :

~~Saat-saat melahirkan Muaz memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. This is the 1st smile with dimples left n right dat we r waiting for. Banyak kali try nak capture dimple Muaz ni. Akhirnya ni la satu2nya gmba dimple yang berjaya diambil masa tu.
Muhammad Muaz bin Mohd Azryil Azimie adalah sinar idulfitri 1430H kami.
Cuma nama je tak bubuh aidil atau fitri..hehe
Kalau ikut kalendar Islam, lagi 23 hari, genaplah Muaz setahun~~

Jom Join GA Mrs Nor!!!

Hye sumer..Tetiba hari ni rasa nak join Give Away (GA) lak..Memang banyak GA yang dianjur oleh kawan2 cyber ni. Tapi saya tak penah try pun. Nampaknya GA Raya dari Mrs Nor ni la is the 1st GA yang saya nak join..hehe.. Hadiahnya sangatlah menarik kawan2..barang deko english style tuh...


Jom join ramai2..syarat-syaratnya tak susah pun..sume leh join except yang dok oversea..Kalau menang nak antar hadiah susah katanya sbb dok jauh sgt..hehe

So apa lagi tunggu?? Tarikh tutupnya 23/8/2010.
Tenkiu Mrs Nor kerana menganjurkan GA ni yer...;) bestnyer kalau dapatkan..hehe..idaman hati tuh ;)

Happy Birthday, mak!

To my beloved mother :

HAPPY 60th BIRTHDAY!
Alhamdulillah masih kuat dan sihat.
Even masih kuat untuk menjaga seorang cucu. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati oleh-Nya...
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu
yang sesungguhnya memang tak terbalas oleh anakmu ini... 

Muaz si manja atuk n wan~~

p/s : Camane la saya leh terlupa nak wish Happy Birthday masa salam mak pagi tadi? Padahal malam td dah set mind dah..hmm 

Sunday, August 15, 2010

Fadhilat Tarawih

Anda bertarawih di bulan Ramadhan ni? Jom layan Fadhilat 30 hari bertarawih di bulan ini.

1. Malam Pertama


Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Saturday, August 14, 2010

You r so annoying!!

Basuh pinggan dah. Basuh kain dah. Jemur kain pun dah. Bapak n anak tengah lena lagi. Let's have a cup of coffee~~ ;) opsss puasa la...

The title above refers to a woman which is very close to me (so-called dekatlanot close to my heart but just close to my house. She is neither mean nor bad but yet very friendly not with me. If i'm not mistaken I've spoken to her just 4 to 5 times since we moved here in 2009. I am not going out if there is no necessity. Furthermore i have to take care n give full attention to my lil hero so staying in the house is the best policy. In fact i dont even know her name..poor me. We were only met sometimes coincidentally early in the morning coz everybody rushed to the office or late in the evening when everybody came back home.

This incident happened for the past few weeks..quite sometimes ago. I wont tell it here. Let it be secret as it is. As i mention above, this lady is actually very friendly. But please bare in mind that u can be friendly but dont be too friendly coz u will look so irritating and annoying.

Another incident occured to me yesterday morning and...it hurts..sangat menyampah, meluat sume ada. People know her character. I know that action taken without any intention. But it hurts other people's feeling. I feel angry but dont know how to express my anger. All I do is silent is the best policy tapi dalam hati membara-bara.

Friday, August 13, 2010

Lena dibuai mimpi~~

Lena tul anak mama ni tdo.

Ni dalam keta masa mama amik Muaz kat umah wan. Wan kata Muaz tak tdo petang. Dalam keta syok dengar dia cakap. Dah nak dekat2 sampai umah tetiba terdiam. Rupanya dah lena ;) Nampak chubby ngat Muaz time nih..

Oh..anakku!! Ni masa kami convoi ke Teluk Batik yang makan masa 8 jam baru sampai. Muaz pun keletihan trus tetdo.


Tdo sampai tutup muka tu. Tiru gaya sape ni sayang?

Luv dis pic very much! Nampak tulus suci je muka Muaz. Naik2 feri trus tido kat pangku wan. Maklumlah penat jenjalan kat Langkawi.

Wajah Baru~~

Wah, inilah wajah baru Let's have a cup of coffee~~ wink*wink* busan tak tau nak watpe lunch hour ni mari kita mengexplore mende2 baru..Nak balik umah ujan pulak..Lepak kat opis jela...Cari punye cari akhirnya dapat gak background yang ada gmba kopi ni..kira teli la kan nama blog ngan background tu...In the first place nape nama blog saya cenggitu ek??

Let's have a cup of coffee..biasa kan orang minum kopi time rehat2...minum petang, cicah biskut sambil baca suratkhabar...rasa relax je kan...kira simboliknye update blog ni rasa sama cam minum kopi gak la...hehe...whatever la kan...

Thursday, August 12, 2010

Aktiviti Muaz~~



Muaz dah nak 11 bulan next week. Macam2 mende yang dia cuba explore skang ni. Kalau meniarap tu, kalah mereka2 yg g kursus tentera tu. Camana ek? Muaz meniarap dengan laju tapi langsung tak luka siku and lutut saya tak mintak la macam bebudak DPA. Hebatlah anak mama ni (mestilah puji anak sendiri kan..).

Tengokla gaya dia kat bawah ni. Pantang ada mende atas lantai mesti nak cuba rasa. Beg atas kerusi pun nak ditarik gak masuk mulut... 


Bila mama takde kat depan mata mula la dia tercari2..sampai ke dapur peginya...


Muaz skang suka main bola. Balik kampung ari tu, suke beno dia tengok paksu afiq main bola. Nanti mama belikan Muaz ball eh...


Satu lagi yang best. Muaz dah pandai makan sunkist. Penah skali abah baru je nak suap, mata dia dah pejam2 dah (tau masam eh). Belum masuk mulut lagi tu..hehe..Kalau dah masuk mulut cengginilah gayanya..kecut2 muka ;D


Skang Muaz dah nak mula bangun sendiri n suka memanjat atas mama n abah. Abah lak suka  train Muaz ala2 tentera..hehe..Tapi takde gambo lagi la...Upload nanti lah ye..
Ape2 pun we love u Muaz. B a good boy k! ;)


Kuih raya~~



Hye!! Banyak kuih raya yang u all buat tahun ni? Saya plan nak buat 5 jenis jer..hehe..ye la tu (1 jenis pun lum tentu lagi). Baru 2 hari puasa saya dah sibuk pasal kuih raya. Ye la kan. Nak membuatnya belum tentu lagi. So kene la pikir alternatifnya plak kan..lagi2 saya dah ada si tecik sorang ni. Kang dia pun nak join wat kuih sama.


Seminggu b4 puasa dah ada orang wat promosi kuih raya kat opis. Ramai gak ibu2 yang order termasuklah saya. Bukan order untuk diri sendiri je..untuk mak n mak mentua skali ok? Yang bestnya saya dok main order jer. Hari ni baru nak calculate berapa yang dah diorder..hehehe
  1. Rempeyek Ila - 2 bungkus (RM36.00)
  2. Kuih Italian Delight Fiza - 2 bungkus (RM48.00)
  3. Cookies Nurul - 3 bungkus (RM75.00)
  4. Tart nenas Fathiyah - 2 bungkus (RM50.00)
  5. Kek lapis Sarawak Odrey - 2 bungkus (RM36.00)
TOTAL = RM245.00 (mak datuk almost RM300.00 untuk kuih saje...ni memang dah over bajet bulanan) - en. azryil bak mai tikis fulus..hehe

Kesimpulannya kuih zaman skang ni memang dah naik harga. Ye la harga gula kan dah naik, minyak pun naik...Susah nak cari kuih yang 1 balang ada 50 pcs tu bawah RM20.00. Skang ni sumenyer atas 20 hengget. Kena la pejam mata nampaknyer..raya skali setahun kan...

To acu n mngah....jangan lupa wat kuih datin, quacker oats n corn flakes ye?? Muaz nak rasa...

Tuesday, August 10, 2010

Salam 1 Ramadhan



Tomorrow is 1st Ramadhan 1431H. This is the 1st year we celebrate Ramadhan Al-Mubarak in our house as compared to last year i was 8 months pregnant and celebrated most of the days of the fasting month in my mom's house coz my hubby was not around. He went for outstation for almost 3 weeks (cian baby mama dalam perut x dgr suara abah for 3 weeks..hehe) if I could remember he went to Kelantan, Pahang and Johor for the interview. In the first place i was sad and worried what if suddenly i delivered earlier than the actual date. But looking at the other way around, glad though..staying in my mom's house because each meal especially buka and sahur were already prepared by my mom (ngeh...ngeh...ngeh..malasnya saya). Luckily Muaz kluar a day after he came back which was 29th Ramadhan 1430H). Thank God dipermudahkan segalanya..

But this year was different. Muaz almost 11 months. I'm not a preggy woman anymore (not yet for this time..but waiting for the 2nd ya ;p) So I have to cook (hopefully can make it)..have to wake up early in the morning prepare for the sahur. Who else will do if not me?? Sounds like tough task though..ya to me its tough..(lama2 nanti ok la kan)..tu baru anak sorang...i salute to working mothers who have 5/6 kids and manage their housecores successfully..tabik spring and thumbs up!!!

So to all my frens out there Selamat Berpuasa and semoga kita sama2 diberkati oleh-Nya...
Salam 1 Ramadhan~~~ ;)

p/s : nak g tarawih tapi sape nak jaga Muaz? ;)


oh sandleku...



Pagi tadi tengah siap2 nak hantar Muaz, saya teringat sandle yang saya slalu dok pakai g keje. Alamak sandle tu dalam kete abah. Mintak tolong abah amik sebab dah lambat dah ni. Nak rush punch card lagi, nak anta Muaz lagi. "Ni ke?" abah tanya sambil letak sandle tu atas bumbung keta. "Bukan yang tu. Yang kaler gold tu" saya kata la. Abah pun dah tak tau yang mana satu. Saya pun g la carik. Rupanya sandle tu dah masuk bawah kerusi sampai tak nampak. Jumpa je sandle tu, terus reverse n jalan...

Tetibe dalam 1 km jalan dengar bunyi something kat atas bumbung. Tengok kat cermin. Eh ada org baling kasut ker? Alaaaa.....baru teringat sandle yang kat atas bumbung tadi lupa nak amik. Alaa sayangnye...walaupun sandle lama...tp elok lagi dan masih sedap dipakai...hmmm...tinggal la sandle tu atas jalan...kalau ada rezki amik la balik kang...

Baru saya terperasan something. Patutla kdg2 bila saya drive, tetiba nampak atas jalan ada selipar..ada kasut la..sebelum ni dok kata ishhh..camane org bole buang kasut atas jalan raya?? Rupanya kes diorang ni mesti sama cam kes saya....letak kasut atas bumbung pastu lupa nak amik..terus je bawak keta...
hai..sandle..sandle

p/s : Nanti abah ganti ye......;)


Monday, August 2, 2010

u r everything~~

Saya telah pandai mengedit gamba...
Terer kan saya!!

Bila Muaz nak berjalan pulak ye??


restless + speechless + breathless

Hye everybody!! Sooo long....senyap sunyi je blog nih...

I am kind of :

RESTLESS sebab tak cukup rehat + tdo. Dah berhari2 bgn pagi..bukan tahajud tapi kene siapkan keje yang tak abis2. Weekend pun kene keje. Wat 2 do...it is a must!!

SPEECHLESS sebab sempat juga kami siapkan mende2 yang sepatutnya walaupun di saat2 akhir sempat lagi buat.

BREATHLESS sebab sampai kdg2 tak sempat makan n minum dok mengejarkan dateline. Keje terpaksa bawak blk umah. Sape kata keje gomen goyang kaki??

Tapi di saat2 restless + speechless + breathless ni im so happy coz both of my heroes are right here by my side. Love u both~~

Thank you abah n muaz for accompany me here in PD...sonok tgk 2 beranak menonton tv di bilik...:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...