Tuesday, June 28, 2011

Snow cap a.k.a Serkup

Dulu masa kecik2 bila mama pakaikan topi ke...letak kain tutup kepala ke..mesti tak nak. Pakai songkok mase raya? Tak sampai seminit dah cabut balik.

Tapi skang die lak yang pandai2 amik snow cap aka cerkup wan sarung atas kepala...:D

Ngeee.....
Kalau tak tolong kemas umah wan sehari tak sah :D
Macam combat pun ade :D

Wednesday, June 22, 2011

Jawapan yang menghiburkan~~

Abah  :  Abang mana?

Muaz  :  A-ban (sambil menunjuk diri sendiri)

Abah  :  Muhammad mana?

Muaz  :  A-mad (sambil menunjuk diri sendiri lagi)

Abah  :  Muaz mana?

Muaz  :  Az (nama glamer saye sambil tunjuk diri sendiri juga) :D

Saturday, June 18, 2011

Oh, sayangku!

At least he knows dat shoe is compulsory when he's going out :D
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 17, 2011

Lagi panggilan Ilahi

Semalam kami sekeluarga menerima panggilan lagi dari Melaka yang wan sedara kami, Wan Tijah (satu-satunya wan sedara yang masih tinggal) telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.

Monday, June 13, 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat arwah my classmate masa F4 n F5, Shah Reedza Mohd Din yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Melalui FB kawan2 katanya arwah sesak nafas masa tengah drive. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Semoga wife n anaknya yang lebey kurang Muaz juga umurnya  tabah  menghadapi semua ni....:(

Teringat plak saya masa menonton Al-Hidayah Jumaat lepas mengenai MATI. Sesungguhnya kematian sangat hampir dengan kita. Meremang bulu roma bila bercakap pasal mati ni. Dua perkara yang saya masih ingat ketika saat sakaratul maut (sekadar berkongsi). 
  1. Jika roh tersebut disayangi Allah, maka Allah akan memberitahu malaikat Izrail supaya dicabut nyawanya seperti air yang mengalir.
  2. Jika roh tersebut dibenci Allah, maka Allah akan memberitahu malaikat Izrail supaya dicabut nyawanya terpulang bagaimana cara engkau ingin mencabutnya. Nauzubillah.
Bila Allah dah perintahkan malaikat supaya melaksanakan yang ke-2, maka roh akan menjadi takut dan tidak mahu keluar dari tubuh menyebabkan ia berkecai dalam badan. Sebab tu bila roh tidak mahu bercerai dari badan, maka malaikat akan sentap sekuat mungkin hinggakan ada yang meninggal dengan mata terbeliak dan mulut berbuih. Nauzubillah.

Semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang diredhai Allah.

p/s: Tetiba teringat arwah Mak Long....:(

Friday, June 10, 2011

Running a business

Saya kagum dengan mereka yang berjaya dalam bisnes. Tak kiralah bisnes kecil-kecilan mahupun bisnes besar-besaran. Berani dan sanggup hadapi risiko tu yang paling penting. Dalam Islam pun dah cakap 90% punca pendapatan adalah melalui perniagaan.

Saya? Agak kurang minat untuk berbisnes. Tiada bakat pun. Mungkin sebab tu jugalah saya makan gaji skang nih. Jangan mimpi nak jadi jutawan ye. Tak kisah la tu. Apa2 pun tetap kena bersyukur dengan apa yang saya ada skang nih.

Nape saya cakap pasal bisnes plak ni? Sebenarnya, tugas hakiki saya banyak dikaitkan dengan bidang perniagaan terutamanya dalam bidang ubat-ubatan dan juga consumables. Dalam erti kata yang mudah berhubung secara langsung dengan pengilang dan pembekal. 

Bila cakap pasal pengilang dan pembekal, termasuklah dari multi national company dan local company. Dua2 perlu dijaga hatinya. Tapi pada saya apa yang lebih penting adalah produk yang dikeluarkan benar2 berkualiti dan selamat digunakan. Tak kisahlah dari company mana sekalipun.

Cuma bila deal direct dengan mereka2 ni kadangkala ada juga rasa tidak puas hati dengan segelintir daripada mereka. Ada yang bagus memang sangat bagus dan boleh dipuji dengan sikap yang sangat transparent. Sebagai contoh memberi justifikasi dan bukti2 yang kukuh dalam isu kenaikan harga. Tetapi ada jugak yang nak naik harga tapi tiada facts and figure. Bila bercakap tidak mahu kalah. Kononnya outstation ke US la, German la. Wah, sumenye negara maju saje! At the end of the day, habuk pun tarak. Rahsia telah terbongkar. 

Ingatlah kalau menipu bangsa sendiri memang takkan selamat. Tuhan tetap akan tunjukkan.

Itu je. Sekian........;)

Wednesday, June 8, 2011

Recently n last night...

Last Sunday, I had a date with the husband. Well, we decided to watch NKTM since I got 4 free tickets from Nuffnang. But only 2 left while the other 2 I gave to my sis as upah for babysitting Muaz on that day..heheh. We planned to watch movie at around 11am so that by 3pm we could go home already. Unluckily, the show was only at 5.30 pm. Hmm...too late. Had to change our plan. Instead of watching NKTM so we decided to watch X-Men: First Class. Unfortunately, the person who in charged at the counter told us that this complimentary pass only applicable after two weeks from the date of the new movie released. Alaaa....kecewa lagi... And now I was not concern about the movie anymore because time was more precious. We didn't want to find another day so we chose to watch Diary of A Wimpy Kid at 11.30am. I had no idea what movie was all about..haha. Hentam sajalah labu...Well, free ticket I didn't mind...heheh.

The movie was not bad and I enjoyed it. Quite funny. It's a family movie and related perfectly to our life experience. I loved the mother's character and this movie struck at the very heart of the difficulty in nurturing family and sibling closeness and respect. So, I gave 4 stars..hehe.

I wonder why Muaz could stay up last night, cycling, knocking Wan and Atuk's door when I was like tak larat nak bukak mata dah. Oh Muaz, please sleep! Maybe he missed his abah..:D

Tuesday, June 7, 2011

Peace!

Peace! Dah pandai pilih nak pakai baju ape si bujang nih..:D

Friday, June 3, 2011

Before n after~~

 
Fokus gamba itik ye. Cantik kan itik ni?

Tapi skang itik ni telah berubah wajah.

Taraaaaaa......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Siap satu dekorasi
Cuma bunyinye aje masih sama. Ni lah keje anak teruna saya sepanjang malam dalam minggu ini...:D 
Penuh satu badan itik tu dicontengnya...

Thursday, June 2, 2011

GeRam BeTUL!

Saya ni kalau tengok anak orang, tingat kat anak sendiri. Apa lagi kalau tengok anak sendiri. Bila anak orang sakit, tak sampai hati nak tengok sbb kesian. Doakan aje dia cepat baik. Kalau anak sendiri lagilah Tuhan ajelah yang tau. 

Tapi bila tengok bayi baru lahir yang dicampak dari atas ke bawah ni mmg tak boleh tahan. Geram + sedih yang TERAMAT. Manusia kejam! Baby tu dah la fragile. Budak ni kalau dia jatuh skit pun kita dah risau inikan plak yg dicampak dari atas ke bawah. Sampai pecah kepala lak tu. Astaghfirullah! Manusia jenis hape la ni. Tak pikir ke? Cuba ko lak amik tmpt baby tu..huh! Eeee...geram btul! Mesti sakit sangat baby tu...:'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...