Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Katakan TIDAK pada junk food

"Eh...Amna, kalau ada org bg Amna junk food, Amna nak cakap apa?" tanya si ibu.

Si ibu berlakon.."Nah, Amna nak sikit? Sedap ni. Kalau ada kwn2 bg macam tu, Amna nak jawab apa?" tanya si ibu lagi.

"Ha, Amna cakap macam ni, " kata si ibu sambil memberi cadangan.

"No, thank you. Saya tak nak. Mama saya kata, nanti saya tak pandai."

Dialog dipetik dari buku 'Mama Saya Lapar' written by Wardina.

Bila terbaca dialog ni teringat masa kecik2 dulu. Abah n mak sangat2 melarang KERAS kami makan junk food. Nak minta dibelikan jangan arap lah. Confirm takkan dapatnye. Kat umah memang tak makan. Tapi biasalah budak kecik kan. Bila dah skolah jumpa kawan2, tengok kawan2 makan teringin gak nak rasa. Kadang2 kami ada jugak beli junk food/cekedis then bawak balik, makan sorok2. Takut mak abah tau, kami tak buang plastik cekedis dalam tong sampah. Tapi sorok kat tepi katil. Cerdik tui :D Bila mak dok mengemas jumpalah segala plastik bagai kat tepi katil tuh. Bocor rahsia. Apalagi mak pun sound la.

Bila dah ada anak ni baru la rasa sendiri. Macam2 kita nak wat untuk bagi yg terbaik kat anak2. Termasuklah bagi mknn yg berkhasiat je n say NO to junk food yang khasiatnya langsung takde, ibarat macam makan cat atau kapur (kata Wardina). Yang ada cuma pewarna, perisa tiruan dan MSG yg jika diambil terlalu byk boleh membunuh sel2 otak.

Kesimpulannya arap2 saya berjaya menjauhkan ank2 saya dari cekedis. Amin...

p/s : Makanan ringan = junk food (dlm English). Junk ertinya sampah. Jadi patutkah kita beri anak makan sampah? Nauzubillah...

Friday, April 16, 2010

must try!

saya baru sahaja 2 3 hari yang lepas mencuba produk ini untuk menanggalkan kesan kotoran pada baju. kesannya sungguh memberangsangkan..tak sampai seminit kesan kotoran dah hilang...baunya juga sungguh mengharumkan..tak perlu lagi guna clorox atau motex ;)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...