Showing posts with label BJE. Show all posts
Showing posts with label BJE. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Kuasa kereta kecil~~

Saya sangat sayang dengan kereta kecil saya. Dah 4 tahun lebih saya bersamanya. Alhamdulillah setakat ni memang tak pernah ada satu masalah pun dengan kereta kesayangan saya ni. Saya je penah sakitkan badan dia. Dua kali plak tu. 

Yang 1st main belasah je masa nak reverse. Berlaga dengan kereta pakcik yang datang umah masa hari raya. Abis remuk redam. Kenalah RM250 nak ketuk balik. Bayar gak ganti rugi kat pakcik tu. 

Yang 2nd kat basement parking kat opis. Banyak sangat kereta parking tak tentu hala. Jalan jadi sempit. Saya terpaksa mengimpit kiri. Alih2 tak perasan badan buah hati saya dah bergesel. Habis calar-balar. Sabtu lepas baru abah hantar bengkel kasi repair balik. Kena lak RM500. Kos ni termasuk repair power window kelindan, getah tingkap driver yang dah lama tercabut dan duit minum teh abah..hehehe. Dan skang ni BJE dah kembali seperti baru beli..;) Kilat kau. Abah basuh. Macih.

Yang paling saya suka pasal BJE ni, ia sangat pick up. Tak terkial2 nak masuk parking. Boleh mencelah dengan pantas..hehe. Itulah kuasa kereta kecil. Sangat convenient untuk Muaz  dan saya yang berulang-alik tiap2 hari dari Putr*jaya ke S*ri Kemb*ngan. Penah ada angan2 untuk tukar yang lebih besar. Tapi rasanya belum sampai masa. Tapi kalau nak tukar pun, saya tak akan jual kot kesayangan saya ni. Lagipun, inilah harta pertama saya setelah ada duit poket sendiri. Sayang weh...Harta pertama tapi belum isytihar lagi. Cemana tuh? ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...