Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

:(

Tetiba rasa sedih pagi ni. Dah lah hujan. Hari ni dah 27 Ramadhan genaplah 27 hari berpuasa. Adakah malam tadi malam Lailatul Qadar?

Cepat betul masa berlalu. Sedih lak rasanya Ramadhan dah nak pergi. Asal Ramadhan dah nak abis je mula rasa menyesal sebab amalan camtu gak. Takde peningkatan. Nak bangun malam? Haih...kul 10 dah pengsan :(

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar (Source: google)

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)

 #hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!

Monday, August 6, 2012

Tiada lagi rahsia

Taraaaaaaaaa.......................*excited*

Ni lah tema kaler baju raya kami tahun ni...

Baju 3 beranak
Bila amik gamba nampak cam besar lak baju Muiz n Abang Muaz. Padahal comei lote jer especially baju Muiz. Baju 3 beranak siap seperti yang dijanjikan. Baju mama gak yang tak siap2 lagi. Hopefully ujung minggu ni siap ler. Takmo sejarah lama berulang kembali.

Tak sabar lak nak tengok si kecik dua org ni pakai baju melayu di Hari Lebaran...hehe

Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadhan~~

Selamat berpuasa diucapkan kepada kawan2 semua.


p/s: Pukul 5 pagi tadi dapat mesej dari one of my officemate. Ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Alhamdulillah hari Jumaat yang penuh barakah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

Dapat mesej terus sebak teringat kat abah sendiri. Selagi ada nyawa, ada kekuatan, ada kemampuan InsyaAllah saya akan sedaya upaya buat apa saja demi kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan mak abah tercinta. Ohh Tuhan, aku tidak mahu menyesal kerana tidak sempat berbakti kepada keduanya. Sesungguhnya jasa keduanya sangat sangat sangat tidak terbalas.

Al-Fatihah buat arwah ayah ofismate.


Friday, August 26, 2011

Raya mana?

Alhamdulillah misi pencarian tudung dah selesai. Senang je dua baju bley pakai satu tudung yang sama. Save bajet!

Tak lengkap rasanya raya kalau tak belikan something untuk orang2 tersayang. So abah (husband tersayang) punya hadiah raya + hadiah besday yang dah lama tertunggak (haha) dah settle Rabu lepas, mak n abah dah settle semalam sepasang sorang. Untuk adik2ku, raya tahun depanlah (tak janji) ;p

Cuma tinggal anakanda sorang nih. Cian dia. Baju Melayu dah ada. Alih2 balik umah try, tak muat lak nak masuk baju. Kat kepala dah sangkut. Adehh...Don't worry ye sayang, abah dah anta utk alter. Esok ke lusa baru siap. 

Kepala saya dah besa lah mama...;)

Raya mana? Tahun ni kami raya SK dulu, then raya ketiga (...;p...) baru balik Maran. Excitednya sebab tahun ni kira raya pertama lah kat umah mak. 2009 raya SK...tapi serupa cam tak raya sbb dalam pantang. 2010 raya Maran. So, 2011 raya sini balik ler....:D

p/s: Lagi 3 hari Muaz genap 2 tahun (29 Ramadhan 1432H)

Friday, August 19, 2011

Yeay!!!

Excitednya nak buka puasa kat umah mak petang nih...;D

Sebenarnya nak amik baju raya yang dah siap ditempah. Jauh kami menempah baju raya ni. Kat Kuala Pilah nun. Sebab Angah mengajar kat sana so senanglah sikit. Harganya lebih murah jika dibandingkan kat sini dan kualiti pun lebih baik berbanding tailor dulu. Ni gara2 baju raya tak siap tahun lepas la yang dah beralih arah ke tailor Kuala Pilah ni. Tapi saya confirm kain dah tak leh zip sampai atas. Adik Muaz dah 17 minggu...;) Baju still muat kot. Baju mama n abah dah ada, baju Melayu Muaz je takde lagi..haha. Tengoklah weekend ni cemana ek. Kena cari jugak nih. Baju2 lain mama dah beli. Soping sorang2 tadi senang nak memilih. Kalau ngan Muaz dok mengejar dia (eh...abah die dok kejar) kat celah2 baju tu. Langsung tak tenang nak memilih. At least tinggal nak cari baju Melayu ngan kasut jer...opsss...ngan tudung mama..;)

p/s: Memang dah mood raya nih. Kat opis pun dah lip...lap...lip...lap...;D


Malam di bulan Ramadhan~~

Alhamdulillah sehingga petang semalam dapur saya masih dibuka seperti biasa. Jimat duit minggu ni tak membeli lauk di cafe mahupun PARAM yang kalau beli pun mesti tak abis punya. Bak kata  abah...'toksah beli lauk mengarut2 la'...heheh...Akhirnya masakan sendiri yang 'spesel' (tak taulah spesel bagi abah ke tak..hehe...spesel sbb masak sendiri walaupun lauk simple je) jugak yang mengenyangkan dan puas hati. Tapi hari ni dah kering idea nak masak apa..haha.

So far masa berbuka memang kami tiga beranak makan sekali unless Muaz tak tdo siang, sure dalam kereta otw balik umah dah lelap terus tdo sampai ke malam. Bila jaga je, mintak 'nen'. Kalau time tak tido, dia pun dok join kitorang berbuka. Nampak je kotak kurma, dia bersuara ala2 iklan Yusuff Taiyoob (alaaa suara yg ala2 berbisik tu...heheh...mula2 tak dpt detect jugak..:D) Cepat sungguh pengaruh iklan kan..

Time makan, letak sup sayur kat dia (bagi tujuan leka menghirup kuah sup sambil makan sayur kegemaran..carrot) sambil saya suap nasi. Klu bagi makan nasi sendiri kang, berkecah je lebih makannya skit je. Dah bosan dok menghirup kuah, dibantainya celup tangan dalam kuah sup pastu buat basuh muka. Adoilaaaa.....bikin mama hangin saje sayang...

Pas berbuka, cam biasa abah g terawih tinggal la kami dua beranak kat umah. Ada masa dan ruang, time mengaji lepas solat, dia pun dok datang dekat mama sambil bawak buku Yassin dok sebelah. 'An...an...' sambil tunjuk al-Quran (ingatkan panggil nick name mama...heheh). 'Ame...ame...' maksudnya tulisan dalam buku Yassin sama dengan Quran mama. Terharu malam tadi sambil mengaji dia dok diam sebelah baca Yassin dia sampai lah mama selesai dia pun tutup buku. Caaayaaaaanggg anak mama. Alangkah indahnya kalau Muhammad Muaz dapat ikut langkah Mak Ngah dia..;) Amin...Dan mencontohi sifat2 terpuji Muaz ibn Jabal r.a. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak kan...;)

 

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan 9 = Muaz 11 bulan

Kejap je dah 9 hari puasa. Bila pikir2 apelah amal jariah yang dah dibuat setakat ni. Kalau dulu masa blaja pas abis solat sure mengaji punye sebab eager nak khatam bulan pose + join tadarus al-quran yang skolah anjurkan. Tapi skang ni setakat Ramadhan 9 ni saya baru baca sekali tu pun 5 ke 6 muka surat jer. Ohhh...teruknya. Kalau tak leh nak khatam at least sehari satu ayat pun dah cukup baik kan dari takde langsung. Kene wat jugak ni. Saya pernah dengar la ada orang kata kalau sehari tak baca quran akan tercalit satu titik hitam dalam hati kita. Kadang2 bila pikir balik agaknya sbb tu la hati ni tak tenang, ada je syak wasangka, pikir yang bukan2.

Tarawih dah sah2 tak dapat join abah. Kalau g sape lak nak jaga anak bujang sorang nih. Buat kat umah bole. Pastu kang Muaz datang memanjat nak attention. Banyak tui cabaran bila dah ada anak ni. Kdg2 rasa tak menang tgn, nak basuh pinggan dengan bajunya, dengan nak masak lagi...oppss...saya masak ke? Hey saya masak ok. Tapi baru 2 kali tu pun masa sahur je..;p nasi goreng kampung satu!! Buka? Masak nasi aje la. Sampai umah dah pukul 7. Alamatnye beli lauk le. Malam dah penat, tdo..yang bestnyer pagi tadi tak sahur...hmmm

---------

Just a few update on Muaz. Hari ni Muaz dah 11 bulan. Dah pandai meniru gaya orang tua. Dah pandai nak pilih channel tv..hehe. Dah pandai nak suap mknn dari pinggan..pandai sikat rambut tapi pegang sikat terbalik..hehe n dah nak mula berdiri. Gigi dah semakin banyak yang tumbuh. Suka sangat nak menggeget skang nih. Bertuah tui Muaz ni. Mama tak bagi nenen kang..baru tau ;) geli hati pun ada tgk dia main2..ishh..ishh..ishh ;)

Sunday, August 15, 2010

Fadhilat Tarawih

Anda bertarawih di bulan Ramadhan ni? Jom layan Fadhilat 30 hari bertarawih di bulan ini.

1. Malam Pertama


Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tuesday, August 10, 2010

Salam 1 Ramadhan



Tomorrow is 1st Ramadhan 1431H. This is the 1st year we celebrate Ramadhan Al-Mubarak in our house as compared to last year i was 8 months pregnant and celebrated most of the days of the fasting month in my mom's house coz my hubby was not around. He went for outstation for almost 3 weeks (cian baby mama dalam perut x dgr suara abah for 3 weeks..hehe) if I could remember he went to Kelantan, Pahang and Johor for the interview. In the first place i was sad and worried what if suddenly i delivered earlier than the actual date. But looking at the other way around, glad though..staying in my mom's house because each meal especially buka and sahur were already prepared by my mom (ngeh...ngeh...ngeh..malasnya saya). Luckily Muaz kluar a day after he came back which was 29th Ramadhan 1430H). Thank God dipermudahkan segalanya..

But this year was different. Muaz almost 11 months. I'm not a preggy woman anymore (not yet for this time..but waiting for the 2nd ya ;p) So I have to cook (hopefully can make it)..have to wake up early in the morning prepare for the sahur. Who else will do if not me?? Sounds like tough task though..ya to me its tough..(lama2 nanti ok la kan)..tu baru anak sorang...i salute to working mothers who have 5/6 kids and manage their housecores successfully..tabik spring and thumbs up!!!

So to all my frens out there Selamat Berpuasa and semoga kita sama2 diberkati oleh-Nya...
Salam 1 Ramadhan~~~ ;)

p/s : nak g tarawih tapi sape nak jaga Muaz? ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...