Showing posts with label panggilan Ilahi. Show all posts
Showing posts with label panggilan Ilahi. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadhan~~

Selamat berpuasa diucapkan kepada kawan2 semua.


p/s: Pukul 5 pagi tadi dapat mesej dari one of my officemate. Ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Alhamdulillah hari Jumaat yang penuh barakah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

Dapat mesej terus sebak teringat kat abah sendiri. Selagi ada nyawa, ada kekuatan, ada kemampuan InsyaAllah saya akan sedaya upaya buat apa saja demi kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan mak abah tercinta. Ohh Tuhan, aku tidak mahu menyesal kerana tidak sempat berbakti kepada keduanya. Sesungguhnya jasa keduanya sangat sangat sangat tidak terbalas.

Al-Fatihah buat arwah ayah ofismate.


Monday, September 26, 2011

Thursday, September 22, 2011

Ajal maut di tangan Tuhan~~

Tiada siapa yang boleh menghalang. Hari ni warga SHAH Pekan dikejutkan lagi dengan berita pemergian seorang senior kami, Ku Norhayati Ku Yaakub. Tak silap saya masa F1, akak ni F4. Nak kata kenal rapat tu tak lah. Tapi penah la dulu bergurau n mengusik masa kat SHAH dulu. Last communicate ngan beliau masa kat FB.

Sebelum ni, saya ada terbaca komen kawan2 beliau yang mendoakan supaya beliau cepat sembuh. Terdetik jugak waktu tu akak ni sakit ape? Tapi tak plak bertanya. Pagi tadi terkejut dapat berita yang beliau telah kembali ke Rahmatullah pukul 10 malam tadi. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Katanya kanser tapi Wallahua'lam kanser apa.

Sebak bila baca blog arwah. Lagi sebak bila tengok dua orang anak comel yang ditinggalkan.Semoga anak2 arwah tabah menghadapi semua ni.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-Fatihah.

Friday, June 17, 2011

Lagi panggilan Ilahi

Semalam kami sekeluarga menerima panggilan lagi dari Melaka yang wan sedara kami, Wan Tijah (satu-satunya wan sedara yang masih tinggal) telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.

Monday, June 13, 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat arwah my classmate masa F4 n F5, Shah Reedza Mohd Din yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Melalui FB kawan2 katanya arwah sesak nafas masa tengah drive. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Semoga wife n anaknya yang lebey kurang Muaz juga umurnya  tabah  menghadapi semua ni....:(

Teringat plak saya masa menonton Al-Hidayah Jumaat lepas mengenai MATI. Sesungguhnya kematian sangat hampir dengan kita. Meremang bulu roma bila bercakap pasal mati ni. Dua perkara yang saya masih ingat ketika saat sakaratul maut (sekadar berkongsi). 
  1. Jika roh tersebut disayangi Allah, maka Allah akan memberitahu malaikat Izrail supaya dicabut nyawanya seperti air yang mengalir.
  2. Jika roh tersebut dibenci Allah, maka Allah akan memberitahu malaikat Izrail supaya dicabut nyawanya terpulang bagaimana cara engkau ingin mencabutnya. Nauzubillah.
Bila Allah dah perintahkan malaikat supaya melaksanakan yang ke-2, maka roh akan menjadi takut dan tidak mahu keluar dari tubuh menyebabkan ia berkecai dalam badan. Sebab tu bila roh tidak mahu bercerai dari badan, maka malaikat akan sentap sekuat mungkin hinggakan ada yang meninggal dengan mata terbeliak dan mulut berbuih. Nauzubillah.

Semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang diredhai Allah.

p/s: Tetiba teringat arwah Mak Long....:(

Monday, October 11, 2010

Takziah

Pagi ni kami baru je dapat berita pemergian suami rakan sepejabat saya. Sedey juga rasanya. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Bila berita kematian berlaku di depan mata sering buat saya jadi insaf seketika. (seketika je?) Selalu terpikir...Adakah saya telah bersedia sekiranya nyawa dicabut pada saat ini? Oh..tidak. Dah cukup ke amalan untuk dibawa ke sana? Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Bagaimana rasanya saat2 melalui sakaratul maut? Nobody knows. Dalam keadaan bagaimana nyawa saya dicabut? Ohh...meremang bulu roma bila memikirkannya. My bos does said orang yang sedang nazak akan berasa sangat dahaga. Saya juga pernah terbaca di saat seseorang berhadapan dengan sakaratul maut bacalah Surah Yassin kerana sesungguhnya ia dapat memudahkan saat2 seseorang itu menghembuskan nafasnya.

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ؛ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ؛ فَرَجَعَ اثْنَانِ وَيَبْقَى وَاحِدٌ، رَجَعَ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
 

“Tiga perkara yang akan mengantarkan mayat: keluarga, harta, dan amalannya. Dua perkara akan kembali dan satu perkara akan tetap tinggal bersamanya. Yang akan kembali adalah keluarga dan hartanya, sedangkan yang tetap tinggal bersamanya adalah amalannya.”

Walluhua'lam.

Friday, October 8, 2010

Di akhir Syawal + Kemas + Keciwa

Enjoy reading my COMBO entry ya ;)

Ramadhan dah lama berlalu. Hari ni hari terakhir Syawal. Ramai lagi yang buat open house di penghujung Syawal ni. Konti HOT FM pun wat open house gak hari ni. Kat opis ni kang pun ada jamuan raya lagi. 

Ada kelainannya raya tahun ni bagi saya. Yang lainnya sebab :
  1. Raya dah tak macam masa zaman budak2 dulu. Malam raya mesti main bunga api. Tak sabar nak pakai baju baru di pagi raya. Rindu lak saat2 tu..;)
  2. Raya tahun ni anak saya dah setahun. Macam2 dah yang die bole buat klu compare dgn tahun lepas die asik tdo je masa org dtg beraya kat umah mak. Yela masa tu kan dia masih dalam hari lagi.
  3. Tahun ni 1st time beraya di rumah mertua. Mak mertua dan saya masak rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, lemang (kami beli saje). Sebagai tambahan ada kuah lodeh (yang ni saya masak ye...walaupun satu je nak kecoh juga ;p) Tapi tak sangka kuah lodeh tu adalah something yg agak special di Maran (pujian untuk diri sendiri..hehe..yg bestnyer sebelum masak tpon mak dulu tanya resepi ;p)
  4. Banyak juga jemputan open house yang saya dapat esp opismate. Time kasih daun keladi, tahun depan wat lagi. Yang saya sempat pegi umah Fathiyah, Kak Noris n jiran umah. Umah En. Yusoff n Darlin sorry tak dapat pegi sebab dapat berita Mak Long. Maybe umah Farid pun tak dapat pegi gak malam nih sbb abah outstation. Open house MOH wajib pegi. Saje memeriahkan suasana.
  5. Dalam bulan Syawal ni, dua orang kesayangan saya telah kembali ke Rahmatullah. Minggu pertama Syawal Tok sebelah suami dan minggu berikutnya Mak Long saya. Sedey sbb kalau diizinkan Allah bertemu lagi Syawal tahun depan, kedua2nya dah tiada. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Al-Fatihah.
  6. Zaman muda remaja dulu sempat gak puasa 6 tapi skang hmm...;( sedey...ntah sempat ntah tidak bertemu Syawal tahun depan.
Apa lagi ek?? Tu je la kot yang sempat terpikir ;) By the way i still enjoy my Hari Raya. Yang bestnyer Muaz ler dapat banyak duit raya. Toceh2 ;) Murah rezeki sumer.

*******

Last 2 days, when i was tidying up all my stuffs in the room (tetiba terrajin + my bos was not in  so  i decided to take this opportunity to clean everything and throw away the unnecessary things) i found two things. The first one were 3 envelopes of duit raya which were given by my immediate bos n cant remember the other one. Wah, banyak jugak duit patah kandar (like abah has always said). Almost RM200 ya...wink*wink*

The second thing i found was my old thumb drive. Surprisingly, all of my DPA's pics were safely in the file. 

Family angkat masa penempatan kampung di Kg. Kuala Besut, Besut (dekat ngan jeti Pulau Perhentian ye)
Program pemeriksaan kesihatan
Tempat kami berkumpul selalunya kat Dataran Kuala Besut (eh gamba ni masa besday saya la..;p)
Saya seorang askar ;p (belengas time nih)
yay! dah sampai ;)
wall climbing
saya boleh melakukan ini??
Kurang asamnye budak2


Misi pendakian Bukit Kutu berjaya (nama je bukit nih..tapi tingginye Subhanallah)
Solo camp (sib baik malam2 diiringi dengan bunyi karaoke askar2 kat tepi pantai tu..xdela sunyi sepi je)

lega!! selesai peperangan...
busan...tiap2 ari kene pakai blazer...blazer pun dah mcm hape

haishh..jadi mangsa demo plak..mentang2 la saya ni kategori ringan

ok la tu...nak letak sumer mmg byk giler gmba nih..jom next story!

*******

saya keciwa lagi sbb..................

last check up i lost 1kg...but this time a lil bit more frustrated coz i lost 2 more kilos....OMG!!!
nak makan byk mane lagi ek?? hmmm...

Tuesday, September 28, 2010

Perginya satu kehilangan

Tiada kata yang dapat diucap melainkan doa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama org2 yang beriman. Amin...

Kini...

Tiada lagi kedengaran suaranya yang sentiasa mengingatkan anak2 buahnya supaya jangan meninggalkan solat.
Tiada lagi kedengaran gelak ketawanya yang membuatkan semua orang ceria.
Tiada lagi keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan olehnya.

Niat hatinya yang ingin balik ke KL pada hari Sabtu yang lalu rupanya memberi maksud tersirat yang beliau pergi buat selama-lamanya. Walaupun berumur 71 tahun, beliau seorang yang sihat dan tidak berpenyakit. Tapi nak dijadikan penyebab beliau telah jatuh bilik air dan dalam perjalanan ke hospital beliau telah tidak sedarkan diri. Pemeriksaan doktor mendapati ada 6 tempat blood clot di kepalanya. Saya tak dapat bayangkan sakitnya waktu beliau jatuh terhentak.

Dari Hospital Batu Gajah beliau telah dirujuk ke Hospital Ipoh. Namun doktor memaklumkan keadaan beliau ketika itu sangat kritikal. Tiada apa yang boleh dibuat. Kami hanya mendoakan agar beliau bertahan. Melihat keadaannya pada Sabtu lepas dengan alat bantuan pernafasan di mulutnya, membuatkan hati saya benar2 sayu dan sangat tersentuh. Sedih. Tiada lagi kedengaran suaranya. Wajahnya sangat tenang seolah2 tengah tidur seperti biasa. Dalam hati ni sangat2 bersyukur saya dapat menemuinya pada Hari Raya yang lalu. Kami balik juga ke rumah petang tu dan bercadang akan ke Hospital Ipoh semula esok (Ahad).

Disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan kami terpaksa tangguhkan pemergian ke sana pada hari Isnin (memang saya akan amik EL). Namun jam 550 ptg Ahad sepupu saya call. Dengan suara yang terketar2 dia bagitau yang beliau telah tiada. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Yang ada di saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir hanyalah sepupu kami dan isterinya. Anak dan adik-beradik beliau sumenye balik sekejap untuk mandi. Arwah seolah2 tidak mahu ahli keluarga yang rapat dengannya menangisi pemergiannya.

Alhamdulillah jenazah beliau telah dimandikan, disolatkan dan dikafankan di Hospital Ipoh dan dibawa ke KL pada malam itu juga dan akan dikebumikan esok pagi (Isnin) di kampung kami, Batu 9 Cheras.

Alhamdulillah jenazah telah selamat dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah atuk kami.

Semuanya hilang dengan sekelip mata. Kami akan rindu segala kenangan kami bersamanya. Itulah ketentuan Allah yang telah tertulis untuknya. Sangat sedih namun kami redha dengan pemergian Mak Long, Allahyarhamah Hajah Halidah Adip Hanim binti Mohd Rashid.

Al-Fatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...