Friday, December 30, 2011

Sayang sangat!!!

Dari hari ke hari mama geram sangat tengok cik abang nih. Ada je benda baru, perkataan dan ayat baru yang kluar dari mulut dia nih. Budak banyak cakap, mama cayang bangat sama kamu! Terima kasih Allah atas anugerah ini. Pagi tadi nangis time mama nak g keje. Tak malu...heheh

Lebar senyum dapat g playground ;D
Mmmmuahhhhh!
Enjoy ngan babah time mama check-up
My new passion

Thursday, December 29, 2011

Apa kata survey?

Alhamdulillah selesai check-up semalam. 36 minggu sudah. Kalau ikut exactly date abangnya kluar nampaknya tinggal lagi 2 minggu lebih jer. Ngee...Semoga selamat dan lancar semuanya. Amin...

Jadi petang semalam juga bermulalah misi survey kami ke sekolah/tadika/nursery abam Muaz ni. Abam kan dah besar, kenalah berdikari kan...heheh. Destinasi pertama adalah sekolah yang berdekatan dengan umah kami dan destinasi kedua adalah sekolah yang berdekatan dengan umah wan Muaz. Jom tengok apa kata survey? Ni cuma pandangan peribadi saya dari segi kesesuaian untuk anak saya yang berumur 2 tahun 3 bulan. No offence k!....;)

1.   BrainyBunchIslamicMontessori (BBIM)
  • syllabus : sesuai untuk Muaz sebab dibuka untuk kanak2 berumur 2-6 tahun. Untuk yang 2 tahun pengajaran lebih kepada social and motor-skill, behavior. Ada juga islamic studies macam hafazan, tauhid, fiqh, akhlak dll (saya suke ini). Kalau ambil yang full day, petang ada aktiviti koko macam swimming ke...n then after 3 pm untuk yang umur 2 tahun ni bley pilih aktiviti apa yang dia cenderung nak buat so aunty2 akan ikutkan aje. Ye la 2 tahun ni kan kecik lagi nak dipaksa2 baca buku kan. Banyak lagi yang masih diexplore.
  • environment : Selesa. Next year baru start operasi. So semua nampak baru. Tiada tangga (suke ini juga).
  • facilities : Oklah. Comel je sinki n toilet budak2 ;D Ada 'katil' khas untuk budak2 tidur. Macam net gitu. Rendah je katilnya. Tak amik gamba plak. Ada small space of playground. Masa dok survey Muaz excited tul main gelongsor :D
  • panggilan tenaga pengajar : aunty (kalau tak silap semua degree holder)
  • nisbah cikgu murid : 1 aunty 15 student
  • fee : boleh tahan *wink* (kawan2 bley refer kat website)
  • lain-lain : ada juga potty-train
2.   LittleCaliph
  • syllabus : 4 - 6 tahun. Memang takde syllabus untuk budak 2 tahun. Tapi kalau parents nak hantar juga, syllabus/bahan2 pengajaran diambil dari internet. Pengajaran lebih santai n relax. Ada juga hafazan, iqra' dan amali solat.
  • environment : Boleh la. Rumah corner lot 2 setengah tingkat (risau plak ada tangga ni). Next year juga baru start operasi.
  • facilities : Kemudahan macam rumah. Tak tengok plak toilet dia. Playground memang ada la. Muaz naik keta mainan sampai takmo balik. Tak nampak plak katil budak2.
  • panggilan tenaga pengajar : teacher
  • nisbah cikgu murid : 1 teacher 10 student
  • fee : Bolehlah. Rendah skit dari yang no.1 tu....tetttt!! (kalau Muaz masuk sini, fee dia lain sikitlah sebab syllabus yang diajar bukan syllabus little caliph) (boleh refer kat sini)
  • lain-lain : ada juga potty-train
Kesimpulan : No.1 dan no. 2 ada kelebihan dan kekurangan. Dari segi structured syllabus no. 1 menanglah. Ada syllabus sesuai untuk Muaz. Tapi dari segi lokasi, no. 2 menang sebab adik Muaz pun InsyaAllah stay kat SK. Perjalanan sehala lebih mudah . Kami kene pikir juga pasal arrangement hari2 mendatang nanti. Sorang utara sorang selatan pun pening jugak. Lainlah kalau abah dia keje kat sini. Kalau nak ikutkan Muaz pun baru je 2 tahun. 2 tahun masih banyak yang nak diexplore. Kadang2 umur cenggini dia syok main sendiri. Rasanya better develop social skill dia dulu. Bab2 behavior macam kat no. 1 tu saya rasa saya boleh ajar. Sebab saya yakin dengan pembelajaran bermula dari rumah ;)) Takut nanti masuk sekolah awal dia boring plak belajar n ulang benda yang sama. Still thinking....

So perlu teruskan misi survey ni. Tengok nursery plak macam mana....

Tuesday, December 27, 2011

Akhirnya...

Rezeki hari ni dapatlah menikmati bubur nasi + kangkung cili api, lepat pisang di Unikeb yang diidamkan dari minggu lepas. Alhamdulillah. Teringin bebenor rasanya nak makan. Apalagi time cuti ni pagi-pagi dah kluar nak breakfast kat sana. Syoknyeeerrr cuti!!! heheh..

Esok check-up seperti biasa. Dah 36 minggu... ;) Harap2 sumenyer ok...

Muaz bersantai di Teluk Kemang Ahad lepas

Thursday, December 22, 2011

Once upon a time~~

Suamiku yang cruzzz!!!

Tuesday, December 20, 2011

35 weeks old, 35 days to go!

"I'm a little less than 19 inches tall and all my organs systems are complete and being finalized.
I'm 35 weeks old, only 35 days to go!"

Deep inside my heart, mama can't wait to see u darling. But, it's ok let me enjoy the movement of yours in my tummy till the date u r supposed to come out...heheh..

Too many things in mind to blog, yet not in the mood to write at the moment. 

Just this one: It was so cute! Babies have a language of their own. 5 words babies use:

"Neh" - Hungry
"Owh" - Sleepy
"Heh" - Discomfort
"Eair" - Lower gas
"Eh"- Burp

Sure will observe these words right away after my baby come out....;))

Oh ya! Every morning I saw one lady aka cleaner at the entrance of my office. This morning she asked about my pregnancy. By looking at my tummy she guessed: baby boy. Dia kata cara saya jalan nampak kasar (saya rasa sbb saya jalan laju kot). Kalau baby girl dia kata ibu jalan lembut jer....heheh...I just grinned from ear to ear...;P

Monday, December 5, 2011

Abang yang bertanggungjawab~~

Sabtu lepas saya, mama dan abah gi shopping beli barang2 adik. Saya seorang abang yang bertanggungjawab. Tolong mama amikkan barang2 keperluan adik saya yang bakal lahir. Tapi yang mama tak suruh amik pun saya amik jugak. Sesuka ati saya je amik barang2 tu masuk dalam troli...heheh. Jangan marah mama...;p

Saya serius nih!

Budak banyak cakap

Lokasi : Dalam kereta di Ampang

Situasi : Nampak satu logo di tepi jalan.

Muaz : Mama...mama...
Mama : Ye sayang...
Muaz : Tu...tu...blender..blender...
Mama : (Konpius jap...tak nampak pun gambar blender ke...kedai blender ke kat tepi jalan...)
Muaz : Mama...Blender....(Tunjuk2 lagi kat logo tu...)
Rupanya.....logo ni yang ditunjuknya....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Mama : Laaaa....Panasonic....Blender sape?
Muaz : Blender Wan....
Mama : Heheh.....ye la cayang.....;D

Friday, December 2, 2011

Hati dan perasaan

Bila timbul rasa marah yang amat sangat, rasa tak puas hati sangat-sangat, rasa ingin saje dilemparkan perasaan marah itu kepada penyebab kemarahan. Tetapi malangnya, perkara ini TIDAK pernah berlaku sebab rasa amarah itu segera diluahkan kepada suami tercinta. Ada sedikit kelegaan di situ, walaupun hati masih bengkak. Tapi yang peliknya rasa marah itu surut tiba2 bila memikirkan mungkin ada sebab musabab ia berlaku dan individu yang terlibat juga ada hati dan perasaan. Tapi, kalau dipikirkan balik kadangkala perkara seperti itu tidak patut berlaku.

Haishhhh....pening kalau cakap soal hati dan perasaan. Hmmm...

So tak yah pening2 baik layan buah hati terchenta...;)

Muka kami sama ke?
Naik scooter lagi...
Ni la scooter cinonet tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...