Showing posts with label muaz's school. Show all posts
Showing posts with label muaz's school. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Recap 2012~~

Haih...dah berkali2 nak recap tak terecap2. Alhamdulillah hari ni berjaya akhirnya. 2012 dah dilalui dengan jayanya. Welcome 2013! Anak2 dah makin besar. Muiz dah setahun kalau ikut Taqwim Hijrah (18 Safar 1434 = 1 Jan 2013). Abang Muaz dah semakin petah berkata2. Memang menghiburkan ;)). Umur mama and abah pun makin meningkat. Cuma mama je awet muda tikis. Muahhahahaha *opsss!* Happy New Year everyone!~~

Jom kita recap apa yang dah berlaku sepanjang 2012. Lately, memang dah lama tak update kat sini. Alang2 kita recap sekaligus.

Jan 2012

Alhamdulillah 13 Januari kami dikurniakan cahaya mata kedua yang comel lote. Muhammad Muiz bin Mohd Azryil Azimie. Jap je masa berlalu. Skang dah pandai stabil kan badan. Mama doakan adik cepat2 melangkah ye. As of now, gigi dah 2 batang belah bawah. 2 batang lagi gigi atas baru nak kuar. Kuat menyengih and manja abah ni.


Mac 2012

Aqiqah Muiz buat di SK pula.

April 2012

Mama baru abis cuti bersalin 3 bulan. Best giler! Bulan ni juga Muaz 1st time berpisah ngan wan and atuk. Kena blaja berdikari di nursery opis mama. Mama memang tak leh lupa the first day mama anta Muaz. Ambil masa juga untuk Muaz sesuaikan diri. Alhamdulillah lama2 ok. Hampir 9 bulan kat nursery mama rasa banyak gak yang Muaz dapat. Boleh kenal ABC, 123, Alif Ba Ta. Nusery rhymes toksah cakaplah macam2 yang mama dengar kat rumah. Doa makan, lepas makan, doa nak tdo, zikir. Alhamdulillah sejuk ati mama dengar. Banyak gak yang dia blaja masa kelas KAFA kat nursery lama. Mudah-mudahan berterusan ye sayang.


May 2012

Besday saya of course...:D Alhamdulillah Angah, mak dan abah selamat menunaikan umrah dan dipermudahkan segalanya. Bila lah turn saya plak? InsyaAllah semoga dipermudahkan jua perjalanan ke sana nanti. Amin...

Oktober 2012

Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Allah. I got promotion. Berdebar tunggu surat dapat mana. Rasanya memang confirm kena kluar sebab saya antara otai di tempat lama...hahahahaha. Dah wajib kluar. 31 Okt dapat surat. Terbeliak dapat surat posting. The same ministry with my husband. Haha. Never thought bout it. Jodoh kami sangat kuat ok. Senang g ofis sesama.

November 2012

7 November lapor diri di ofis baru. The same day jugak dapat tau which division. Haha. Tak lari gak nampak gayanya. Procurement and finance. Keje ajelah asalkan boleh balik umah ontime, hopefully. Bulan ni agak hectic juga dengan adik kecil yang nak nikahnya. Tempat baru, tanggung keje lagi. Takleh amik cuti. Adeh! Alhamdulillah everything went well. Congrats to Acu. Jadilah isteri solehah yang taat pada suami. Ingat dah jadi isteri bukan adik bongsu.

Disember 2012

Bulan ni adik ipar lak tunang. Every weekend tak lekat kat umah. Selang seminggu kami ulang alik ke KT ok. Macam balik Maran je. Anyway semuanya berjalan lancar.
17 Disember Muaz orientasi school baru, CIC Precint 14. Senang je dekat ngan umah. Orientasi 2 jam setiap hari selama 2 minggu. 1st day nangish skit. Second day excited. "Mama, 'az nak school baru". Mama senyum je...As of now, nampak dia happy kat sana. Alhamdulillah.
Selesai tempoh mangku dan tanggung keje, saya bercuti dengan jayanya. Esok baru start keje balik. Harapnya dipermudahkan segalanya urusan di ofis, urusan membesarkan anak2, urusan keluarga dan semuanyalah. InsyaAllah bulan 5 tahun ni akan ada seorang lagi ahli baru kami...:))


Monday, December 17, 2012

Muaz's Orientation Week~~

Day 1:

When we arrived in front of his new school...

Muaz : Mama cikgu takde pun.
Mama: Ada. Cikgu ada kat dalam tu.
Muaz : Takde la mama. Mama ni bukan school Az. Az nak g school yang kat sana.
Mama : Dah jom jom. Jap je ni. Sampai kul 11 je.

Teacher ajak masuk dalam, tak nak.
Teacher pakai kan nametag, tak nak.
Bila teacher dokong  bawa masuk dalam, huwaaaa.
Adeh...

Apepun, mama doakan Muaz easily get use to the new environment with new teachers and friends k.
Muaz kan bijak. Saaaaayang Muaz!!!



Friday, September 7, 2012

Taska~~

Alhamdulillah...selesai satu lagi agenda penting dan dipermudahkan semalam walaupun ada sedikit dugaan kecil di peringkat awal. Ya Allah kami memohon yang baik2 saje dari-Mu Ya Allah. Permudahkanlah segalanya urusan kami. Amin...

Bulan ni dah masuk 5 bulan Muaz dok taska. Oh..ye! His 3rd birthday is just around the corner. I've planned something for him.Tunggu ye Muaz!!!

Dok anta anak kat taska ni macam2 benda yang saya dapat, tengok, belajar etc. Antaranya:
  1. Kena pandai manage and pujuk anak sendiri bila anak moody je pepagi. Cam Muaz ada je mende yang nak dijadikan punca utk dia ek...ek...ek...pepagi. Contoh: Turun kete nak selipar angry bird, sampai muka pintu taska, nak selipar kaler coklat plak. Takleh diikutkan tapi kene sabar memujuk. Satu lagi...Selalunya pepagi dia minum susu dalam cawan. Ada sekali time moody, taknak minum. Sampai je opis, "mama, nak minum susu dalam cawan!" haha. Saya dah takde ati nak marah. Gelak lagi adalah...;D Dah jumpa cikgu masuk dalam taska ok je...
  2. Masalah selesema n batuk ni memang tak dapat dipisahkan. Dah baik selsema, dtg balik. Selain jangkitan, environment juga faktor penyumbang. Taska beraircond. Kenalah bagi supplement lain like vitamin ke...scotts emulsion ke...adalah kurang skit.
  3. Pepagi bila hantar Muaz ke taska, selalu je dengar budak2 menangis agak lama juga. Mungkin cikgu bz nak mandikan n urus budak2 lain. Maklumlah taska kan ramai bebudak. Kdg2 kesian gak dgr bebudak tu nangis. Takde ke cikgu nak amik. Nak buat camne kan...tu lah taska. Pasal tu saya akan pastikan Muaz siap mandi sebelum g school. At least kuranglah sorg tugas cikgu.
  4. Bila anak kena makan ubat esp antibiotik, surely saya akan bagitau cikgu detail brp ml nak bagi, kul berapa, kaedah nak bagi ubat (baru2 ni Muaz kene bagi ubat titis telinga-kena baring dulu 2-3 minit then baru boleh bgn, klu tak ubt keluar blk) walaupun sebenarnya taska ada buku pesanan. Bukannya apa, mintak cikgu alert je. Paham2 jela kita ni manusia kekadang lupa, budak plak ramai nak jaga.
  5. Baru2 ni ada satu insiden. Saya amik Muaz lambat juga nak dekat pukul 6pm. Ada lagi beberapa org yang tinggal. Ada juga mak yang dah amik anak tapi masih duduk di situ dan saya pun krg pasti sbb apa. Tetiba anaknya buang air besar. Beliau minta cikgu yang basuhkan. Budak tu menangis2 taknak masuk taska. Yela...mak dah ada kat depan mata. Lagipun time nak blk sure dia taknak. Lainlah klu mak yg basuhkan. Cikgu plak memang muka penat dan dah siap2 nak balik. Alih2 kene basuh berak anak dia dulu. Muka cikgu mmg muka ketat, yang anak plak meronta2 taknak masuk basuh berak. Rasanya tindakan sape sepatutnya? My personal view, sy rase tugas cikgu dah selesai once parents dah amik anak. Kalau saya, dah amik Muaz tetiba dia ek ek time tu, takde tempat nak basuh saya yg akan basuh sendiri tumpang blk air taska jap. At least saya boleh tau keadaan bilik air tempat anak saya mandi. Pendapat saya je la...
 Mesti nak tepek jugak gamba Muaz saya yang banyak citer ni...;)

Lately die suke pakai sweater siap tutup kepala skali
Ceria pabila pulang dari school

Monday, June 25, 2012

Respect + Muaz's story

You don't have to learn to respect others. It is common sense. Each of individu in this world should be respected regardless of his/her background. Eg. Between husband and wife, bos and subordinate, parents and child, between neighbours etc.

If you don't, please don't expect others to respect you.

Somehow, people don't realize they do something wrong or maybe they are just naturally look like that.

Well, different people will look into different perspective.

As for me, once you did it to me, sorry...I don't even want to say 'hye' to you.

Thank you!

-------

By the way, I was so happy with Muhammad Muaz this morning. He was so cheerful. Bole cakap lagi, mama "'Az tak nangis" hehe. Exactly! No tears at all. He really enjoyed his breakfast. I think now he knew his friends, bole bertata-tata, and told me their names. He could say a few names when he came back home telling me that these were his friends. Yes! I was really really excited! Sape tak excited tengok anak g nursery/school ngan hati yang tenang dan gumbira...heheh. Takde ek ek ek. Kalau ek ek tu serius mama susah hati. Masuk nursery relax je pagi tadi even takde cikgu yang tunggu kat pintu. Mama doa Muaz ceria selalu dan hari-hari macam ni selalu ye sayang! So mama pun bole keje ngan senang hati ;) Well, it took almost 3 months for him to adapt this new environment. Alhamdulillah, at last! Bagus sayang mama nih. Thumbs up for u, darling! ;)

Last night conversation:

Muaz : Mama, ni Along! (sambil tunjuk diri dia). 

Mama : Ooo Along. Ni sape?

Muaz : Ni, Angah! (sambil tunjuk Muiz)

Mama :Ooo yeke. Sape ajar ni?

Muaz : Abah

Mama : Heheh ;)

Kalau cakap nak g jalan lajunya bgn tdo nak g mandi ;D

Thursday, December 29, 2011

Apa kata survey?

Alhamdulillah selesai check-up semalam. 36 minggu sudah. Kalau ikut exactly date abangnya kluar nampaknya tinggal lagi 2 minggu lebih jer. Ngee...Semoga selamat dan lancar semuanya. Amin...

Jadi petang semalam juga bermulalah misi survey kami ke sekolah/tadika/nursery abam Muaz ni. Abam kan dah besar, kenalah berdikari kan...heheh. Destinasi pertama adalah sekolah yang berdekatan dengan umah kami dan destinasi kedua adalah sekolah yang berdekatan dengan umah wan Muaz. Jom tengok apa kata survey? Ni cuma pandangan peribadi saya dari segi kesesuaian untuk anak saya yang berumur 2 tahun 3 bulan. No offence k!....;)

1.   BrainyBunchIslamicMontessori (BBIM)
  • syllabus : sesuai untuk Muaz sebab dibuka untuk kanak2 berumur 2-6 tahun. Untuk yang 2 tahun pengajaran lebih kepada social and motor-skill, behavior. Ada juga islamic studies macam hafazan, tauhid, fiqh, akhlak dll (saya suke ini). Kalau ambil yang full day, petang ada aktiviti koko macam swimming ke...n then after 3 pm untuk yang umur 2 tahun ni bley pilih aktiviti apa yang dia cenderung nak buat so aunty2 akan ikutkan aje. Ye la 2 tahun ni kan kecik lagi nak dipaksa2 baca buku kan. Banyak lagi yang masih diexplore.
  • environment : Selesa. Next year baru start operasi. So semua nampak baru. Tiada tangga (suke ini juga).
  • facilities : Oklah. Comel je sinki n toilet budak2 ;D Ada 'katil' khas untuk budak2 tidur. Macam net gitu. Rendah je katilnya. Tak amik gamba plak. Ada small space of playground. Masa dok survey Muaz excited tul main gelongsor :D
  • panggilan tenaga pengajar : aunty (kalau tak silap semua degree holder)
  • nisbah cikgu murid : 1 aunty 15 student
  • fee : boleh tahan *wink* (kawan2 bley refer kat website)
  • lain-lain : ada juga potty-train
2.   LittleCaliph
  • syllabus : 4 - 6 tahun. Memang takde syllabus untuk budak 2 tahun. Tapi kalau parents nak hantar juga, syllabus/bahan2 pengajaran diambil dari internet. Pengajaran lebih santai n relax. Ada juga hafazan, iqra' dan amali solat.
  • environment : Boleh la. Rumah corner lot 2 setengah tingkat (risau plak ada tangga ni). Next year juga baru start operasi.
  • facilities : Kemudahan macam rumah. Tak tengok plak toilet dia. Playground memang ada la. Muaz naik keta mainan sampai takmo balik. Tak nampak plak katil budak2.
  • panggilan tenaga pengajar : teacher
  • nisbah cikgu murid : 1 teacher 10 student
  • fee : Bolehlah. Rendah skit dari yang no.1 tu....tetttt!! (kalau Muaz masuk sini, fee dia lain sikitlah sebab syllabus yang diajar bukan syllabus little caliph) (boleh refer kat sini)
  • lain-lain : ada juga potty-train
Kesimpulan : No.1 dan no. 2 ada kelebihan dan kekurangan. Dari segi structured syllabus no. 1 menanglah. Ada syllabus sesuai untuk Muaz. Tapi dari segi lokasi, no. 2 menang sebab adik Muaz pun InsyaAllah stay kat SK. Perjalanan sehala lebih mudah . Kami kene pikir juga pasal arrangement hari2 mendatang nanti. Sorang utara sorang selatan pun pening jugak. Lainlah kalau abah dia keje kat sini. Kalau nak ikutkan Muaz pun baru je 2 tahun. 2 tahun masih banyak yang nak diexplore. Kadang2 umur cenggini dia syok main sendiri. Rasanya better develop social skill dia dulu. Bab2 behavior macam kat no. 1 tu saya rasa saya boleh ajar. Sebab saya yakin dengan pembelajaran bermula dari rumah ;)) Takut nanti masuk sekolah awal dia boring plak belajar n ulang benda yang sama. Still thinking....

So perlu teruskan misi survey ni. Tengok nursery plak macam mana....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...