Monday, December 17, 2012

Muaz's Orientation Week~~

Day 1:

When we arrived in front of his new school...

Muaz : Mama cikgu takde pun.
Mama: Ada. Cikgu ada kat dalam tu.
Muaz : Takde la mama. Mama ni bukan school Az. Az nak g school yang kat sana.
Mama : Dah jom jom. Jap je ni. Sampai kul 11 je.

Teacher ajak masuk dalam, tak nak.
Teacher pakai kan nametag, tak nak.
Bila teacher dokong  bawa masuk dalam, huwaaaa.
Adeh...

Apepun, mama doakan Muaz easily get use to the new environment with new teachers and friends k.
Muaz kan bijak. Saaaaayang Muaz!!!



Monday, December 3, 2012

Restless!

Minggu2 ke belakang yang agak sibuk. Haih...restless rasa dibuatnya. Alhamdulillah sudah di tempat baru. Banyak yang nak diupdate sebenarnya. Especially bout my baby muaz and muiz...mmmuuaaahh! Nanti free2 mama update yer chomel ;))

Baby Muaz Muiz
Ngeee....tunjuk gg 2 batang ;D

Wednesday, November 7, 2012

7 eleven~~

Dah lapor diri. Bahagian mana? Senyum je la....;))

Thursday, November 1, 2012

Aim Or Tea~~

Alhamdulillah...everything went well yesterday. Macam2 ekspresi yang ditunjukkan oleh setiap orang atas stage bila penempatan diumumkan. Termasuklah saya. Sangat2 unexpected dan tidak pernah terpikir di fikiran...haha. Ke situ juga mau dihantar saya. Tapi takpe semuanya telah setel dengan baik. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

No more drugs or medical device after this. Yang ada hanya kapal terbang, kapal laut, LRT, MRT dan yang seangkatan dengannya...haha *berangan*

Honestly, no mood at all. Tapi kerja2 terakhir harus dibereskan juga. Semoga semuanya dipermudahkan nanti di tempat baru. Dapat kawan2 dan bos baik2. Amin...

Lately, kerap rasa cepat lapar. Kadangkala loya, cepat letih. Lambat makan je confirm angin dan mula meloya. Apakah???

Monday, October 29, 2012

Love my life

Too many things happen lately. Wish to have ample time to update about it all. My anniversary on 181012. Oh my... Was not feeling well since the past few days due to demam-selsema-batuk. Not fully recover yet till today. Apalah dosa saya ni? Lambat makan je angin dan muntah.

Some plan need to re-planned due to unexpected things happen. Luckily have family that always being supportive and help each other. Otherwise what family is for right? Hopefully, everything is fine. Pray for their health especially to my abah and mak.

About work? I am counting the days now. No idea about the new workplace. Whether in the same ministry or other agencies only God knows what's the best for me. We'll see on 31st Oct this Wednesday k...

I love my husband!
I love my sons!
I love my mak n MIL!
I love my abah n FIL!
I love my sisters n brothers!
I love them all a lot!!!

So whoever wants to ruin our relationship esp 'syaitonirrajim' please go away coz our love and relationship are so strong!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 17, 2012

9 months old baby Muiz~~

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 14, 2012

Muhammad (s) lagi...

Sorang melompat, sorang tukang gelak. Dua-dua masih cergas di malam Isnin yang hening ;D
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 12, 2012

Zoo Negara~~

"Muaz, bangunnn! Hari ni nak pegi zoo kan?" Terus bangun dengan cepatnya. Heheh...

Excited sungguh anak mama ni nak pegi zoo. Hati mama toksah cakaplah. Tuhan je yang tahu hanya doa je banyak2. Sorang dewasa jaga 2 or 3 budak. Kira ok la kan. Alhamdulillah...Muaz n kawan2 selamat pegi dan pulang dari Zoo Negara semalam.

Bila balik tanya tengok apa kat zoo? Lion je dijawabnya...;) Kul 7 dah tido tak sempat abah nak intebiu. Sampai kul 12.30 terjaga minta nenen. Then tido balik. Letih agaknya anak mama cayang ni....;))

Dalam semangat kokobar nak tgk A&H ni, kandas juga kdg2 bila baring depan tv...heheh. Siap ada org renjis2 air lagi kat muka...haha ;D


Monday, October 8, 2012

"Mama, 50 sen!"

Waaa...


U make my day~~

This morning, dalam lif....

Me            :   Morning Mdm W

Mdm. W   :   Hye, morning! Eh, anak u ke? (while looking at Muaz)

Me            :   Ya...

Mdm. W   :    Mcm adik je...(erk? x gaya mak ke? ;p)

Kluar lif ngan Muaz sambil tersenyum dan dalam hati berkata...U make my day la Mdm. W. Hehe ;p

Thursday, October 4, 2012

Demam on-off

Bila dedar je suhu badan anak2 ni mulalah risau dibuatnya. Buat keje pun tak senang jadinya. Muiz petang kelmarin masa abh amik hangat-hangat badannya. Bagi ubat dah tak hangat dah lepas tu. Siang ok. Tapi ada bintik2 merah plak kat badan, tangan n kaki. Pastu malam tadi hangat balik. Tak bleh jadi. Terus bawa g klinik gak malam tadi. Sib baik KK buka sampai 9.30 malam. Since ada bintik2 merah tu, doktor suh datang klinik lagi esoknya (which is hari ni) for blood test. Ala cian anak mama kene cucuk amik darah. Sikit je 'Iz (panggilan manja - nama dah pendek pun nak dipendekkan lagi kan...;p). Nak cepat baik kan...

Alhamdulillah...blood test ok. Legaaa. Takde apa2 yang merisaukan. Doktor kata demam on-off biasa for budak2 *yeke? biasa2 pun wisau juge*. Kesan viral menyebabkan keluar bintik2 merah macam ruam.

Macam-macamlah ujian Muhammad Muiz ni. Belum setahun pernah kena selsema, batuk dan sakit mata yang banyak tahi mata tu. Ujian untuk mama ngan abah juga. Takpelah. 'Iz kan kuat. Mudah-mudahan takde yang serius.

Mama n abah sentiasa doakan 'Iz dan abang Muaz sentiasa sihat, ceria selalu dan sentiasa di bawah lindungan, rahmat dan kasih sayang-Nya. Amin....

Aktif juga dia ;))

Tuesday, October 2, 2012

When September ends...

...Welcome October!!! *weeeee!!* ;p

Friday, September 28, 2012

Birthday celebration@school~~

Ada geng rupanya celebrate skali (Muaz kata kek Hana)
Ready nak tiup lilin
Sesi  potong kek
Dikelilingi jelitawan
Mana pegi boys ni?
Peace!
Patutlah dok tiup tangan kat umah
Muaz's friends
p/s: Pics courtesy of Muaz's teacher. Thank you much much!!!


Wednesday, September 26, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Frustrated


The design/deco of the theme was not up to my expectation. I thought I had clearly mentioned the design in my email to you. Muaz's name should be in full. Shape of the cake should be in square shape not circle. See, no bunker at all as well as golfer. Really really frustrated. If this how did the cake looked like, I didn't think the price was so reasonable or in other words 'tak berbaloi'. Ya..I had paid. Nothing I could do except to accept with frustration. 


In terms of dealing with so-called bussiness woman, sorry to say, not friendly at all *masa mula2 nampak cam ok, masa dah last2 tu*. My SMS was not replied regarding the writing on the cake. So, I assumed you understood or knew already coz I'd mentioned it before. You had determined the pick-up point and we arrived as promised. But no sign of delivery. We waited there about 15 minutes. What kind of bussiness was this. Later you replied my SMS and asked me to pick-up at your HOME. Owh...please...*gerammye rasa...lagi geram bila dah tengok kek* You simply directed us through SMS without even said sorry. Didn't you feel guilty, did you? 

The husband did say that was why he never believed on online bussiness. Full payment done without seeing the item first. Well, tak sume camtu kan

To this particular person, this was my first and last time dealing with you. You really made me frustrated! Cian kat Muhammad Muaz...


Monday, September 24, 2012

Working + driving + breastfeeding

Last week saya outstation. Sambil2 timba pengalaman. So ke Ipoh la saya bersama dua buah hati terchenta dan parents tersayang. Cik abang pun outstation jugak Jumaat tu so nak wat cemana? Have to drive la nampak gayanya. Ye...1st time saya drive ke Ipoh tanpa driver tetap dan berpencen...heheh. Supposed to stay there the whole week. Since ada tugas hakiki yang perlu dibereskan and after discussing with my friend and the bos, we decided to divide the task into two. My duty would be on Thursday & Friday while the other friend replaced me on Tuesday and Wednesday. What a nice and interesting job! I'll story bout it later. This was my second time doing d same job but different role *naik pangkat skit la...;D*

Bila outstation tanpa husband + bawa family ni macam2 yang ada dalam kepala ni. Kene drive sendiri. *baru tau selama ni krohh..krohh je bila jd passenger ;p* Nak stay kat mane? Tau ke selok-belok jalan kat tempat orang? Tempat kerja yang nak dituju tu cemana lak rupanya? Kang time keje, anak2, mak, abah nak mkn apa sementara tunggu abis keje? Alhamdulillah segala2nya dipermudahkan. Tak susah mana pun bandar Ipoh tu. Jalan sehala je. Cuma yang tak bestnya nak beli roti + nak g Guardian pun kene byr parking. Leceh tul. Sumenya private parking. Malam memang takde apela Ipoh tu. Kami stay di Tower Regency Hotel. Not bad la. Sangat dekat dengan tempat kerja saya tu. Tu yang penting. Breakfast sume ada. Mknn2 lain like roti etc. pun mmg dah prepare sebelum pegi lagi. Lunch we all go together after setel keje. Takde nak jalan2 sgt pun since bawa baby Muiz aka dedek. Cian lak adik penat nanti.

Owh lupa satu lagi. Bila drive sendiri kena pikir kan si kecik ni jugak. Before driving kene make sure dia dah kenyang dan dah breastfeed. Baru tenang nak jalan sbb dia bole tdo. Punyalah nak jaga jgn bagi adik jaga sepanjang jalan, saya drive 2 jam dari Ipoh to Sg. Buloh. Terer tak? Ke biasa je...haha. Dengan harapan abg pun tdo la...baru adik pun dpt tdo ngan tenang...hehehe. Alhamdulillah abang tdo dengan nyenyaknya. Kami sampai SK dalam kul 6.30ptg. Memang terasa penat la sbb jarang drive jauh.

Anyway, best of luck to all d candidates. Rezeki tu di tangan Tuhan. InsyaAllah doa banyak2...;))

Wednesday, September 19, 2012

Muhammad Muaz is 3

And memories of 3 years back clearly appeared in mind...hehe. Mama doakan yang baik2 aje untuk Muaz. Semoga sihat selalu. Jadi anak yang soleh. Dengar cakap mama abah. Ingat ye, Muhammad Muaz membawa nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda. Semoga dapat dijadikan panduan dan mencontohi sifat-sifat terpuji baginda, Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda, Muaz bin Jabal RA. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Mama abah sayang Muaz sangat-sangat. Mmmmmmuaaaahhhhh! Peluk mama sekuat hati!!! ;))

Pre celebration last weekend - Tiramisu cake sponsored by Mngah. Tq Mngah!
Excited nak potong kek!
I am now 3 years old!

Friday, September 7, 2012

Nyaring sangat suaranya!


Ni dia che mon mama yang nyaaaring sangat suaranya! Dah pandai dah. Mama bangun je, uwaaaaa sekuat hati...hehe. Saya dah 7 bulan ++. Kuat menyembur ni. Time makan musti menyembur. Dah boleh merangkak. Merangkak 2 3 tapak dah pandai nak cari port utk letak tangan dia dan berdiri. Risau je. Port feveret adalah di kabinet tv mama saya. Excited sangat bila tengok abang main. Nanti besar skit lagi adik main ngan abang ye. Abang share ngan adik tau! ;D


Taska~~

Alhamdulillah...selesai satu lagi agenda penting dan dipermudahkan semalam walaupun ada sedikit dugaan kecil di peringkat awal. Ya Allah kami memohon yang baik2 saje dari-Mu Ya Allah. Permudahkanlah segalanya urusan kami. Amin...

Bulan ni dah masuk 5 bulan Muaz dok taska. Oh..ye! His 3rd birthday is just around the corner. I've planned something for him.Tunggu ye Muaz!!!

Dok anta anak kat taska ni macam2 benda yang saya dapat, tengok, belajar etc. Antaranya:
  1. Kena pandai manage and pujuk anak sendiri bila anak moody je pepagi. Cam Muaz ada je mende yang nak dijadikan punca utk dia ek...ek...ek...pepagi. Contoh: Turun kete nak selipar angry bird, sampai muka pintu taska, nak selipar kaler coklat plak. Takleh diikutkan tapi kene sabar memujuk. Satu lagi...Selalunya pepagi dia minum susu dalam cawan. Ada sekali time moody, taknak minum. Sampai je opis, "mama, nak minum susu dalam cawan!" haha. Saya dah takde ati nak marah. Gelak lagi adalah...;D Dah jumpa cikgu masuk dalam taska ok je...
  2. Masalah selesema n batuk ni memang tak dapat dipisahkan. Dah baik selsema, dtg balik. Selain jangkitan, environment juga faktor penyumbang. Taska beraircond. Kenalah bagi supplement lain like vitamin ke...scotts emulsion ke...adalah kurang skit.
  3. Pepagi bila hantar Muaz ke taska, selalu je dengar budak2 menangis agak lama juga. Mungkin cikgu bz nak mandikan n urus budak2 lain. Maklumlah taska kan ramai bebudak. Kdg2 kesian gak dgr bebudak tu nangis. Takde ke cikgu nak amik. Nak buat camne kan...tu lah taska. Pasal tu saya akan pastikan Muaz siap mandi sebelum g school. At least kuranglah sorg tugas cikgu.
  4. Bila anak kena makan ubat esp antibiotik, surely saya akan bagitau cikgu detail brp ml nak bagi, kul berapa, kaedah nak bagi ubat (baru2 ni Muaz kene bagi ubat titis telinga-kena baring dulu 2-3 minit then baru boleh bgn, klu tak ubt keluar blk) walaupun sebenarnya taska ada buku pesanan. Bukannya apa, mintak cikgu alert je. Paham2 jela kita ni manusia kekadang lupa, budak plak ramai nak jaga.
  5. Baru2 ni ada satu insiden. Saya amik Muaz lambat juga nak dekat pukul 6pm. Ada lagi beberapa org yang tinggal. Ada juga mak yang dah amik anak tapi masih duduk di situ dan saya pun krg pasti sbb apa. Tetiba anaknya buang air besar. Beliau minta cikgu yang basuhkan. Budak tu menangis2 taknak masuk taska. Yela...mak dah ada kat depan mata. Lagipun time nak blk sure dia taknak. Lainlah klu mak yg basuhkan. Cikgu plak memang muka penat dan dah siap2 nak balik. Alih2 kene basuh berak anak dia dulu. Muka cikgu mmg muka ketat, yang anak plak meronta2 taknak masuk basuh berak. Rasanya tindakan sape sepatutnya? My personal view, sy rase tugas cikgu dah selesai once parents dah amik anak. Kalau saya, dah amik Muaz tetiba dia ek ek time tu, takde tempat nak basuh saya yg akan basuh sendiri tumpang blk air taska jap. At least saya boleh tau keadaan bilik air tempat anak saya mandi. Pendapat saya je la...
 Mesti nak tepek jugak gamba Muaz saya yang banyak citer ni...;)

Lately die suke pakai sweater siap tutup kepala skali
Ceria pabila pulang dari school

Wednesday, September 5, 2012

Masih mood raya ke?

Gamba raye SK kami ;) Of course la ngan mak abah adik2 suami dan anak terchenta.

Nape angah cenyum sorg2? (tanya adik)
Tengok angah lagi. Lawalah angah ni.

Aipp...abang usik sape tu?
Eh...abah mane?



Tuesday, September 4, 2012

Buah hati~~


p/s: Abah kata "my commitment" ;))

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya!~

Cukup corum. InsyaAllah next year bertambah ahli ;)
Us~~

Thursday, August 16, 2012

Cian ye...

Nampak opis ni dah makin lengang. Ramai dah start cuti hari ni. Jalan pun lengang. Even klinik pun takde orang. Memang best. Cepat je service. Kan best kalau setiap kali g klinik camni. Cepat je settle.

Last week abang demam. Alhamdulillah dah baik. This week adik plak. Start petang semalam dah hangat2 badannya. Cian dia. Kena gak bawa che mon ni gi klinik. Terus doctor bagi ubat montot. Moga cepat baik ye dik. Nak raya dah ni...;)

Kosong je klinik

:(

Tetiba rasa sedih pagi ni. Dah lah hujan. Hari ni dah 27 Ramadhan genaplah 27 hari berpuasa. Adakah malam tadi malam Lailatul Qadar?

Cepat betul masa berlalu. Sedih lak rasanya Ramadhan dah nak pergi. Asal Ramadhan dah nak abis je mula rasa menyesal sebab amalan camtu gak. Takde peningkatan. Nak bangun malam? Haih...kul 10 dah pengsan :(

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar (Source: google)

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)

 #hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!

Wednesday, August 15, 2012

Abang d conquerer ;D

"Tunggulah abang saya besar sikit"
Ginilah gamaknyer org dah ada adik. Barang adik dia nak. Mainan dia sah-sah la dia punya. Dedek tak bley sentuh. Abang...abang...

Kalau nak tido pun satu hal gak. Tak bley la mama nak berkepit ngan dedek je. Dia mesti nak join bukan baring sebelah lagi tapi mencelah antara mama dan dedek. Bila cakap Muaz dok sebelah lagi barulah berganjak. Shian...abah gak yang terpisah jauh...;p Kalau dua bole la sorang kiri sorang kanan. Kalau tiga? hehe...

Yeay! Adik dah merangkak ;) Suka betul tengok reaksi dedek bila mama bawak bubur or susu. Tak sabar2 dia dok kejar kita. Lambat suap, sure marah. Adik...adik..;)


Monday, August 13, 2012

Adik n abang lagi~~

Ish...tutup muka abang
Bukan senang nak capture dua2 cenggini
Ini budak sudah masuk 7 bulan hari ni
Abang konon2 silau..adik berkerut nape dik?
Dua2 penghibur hati, penyeri family...Alhamdulillah ;) Syukur abang dah sihat. Selera makan dah datang balik. Lega hati mama n abah.


Monday, August 6, 2012

Tiada lagi rahsia

Taraaaaaaaaa.......................*excited*

Ni lah tema kaler baju raya kami tahun ni...

Baju 3 beranak
Bila amik gamba nampak cam besar lak baju Muiz n Abang Muaz. Padahal comei lote jer especially baju Muiz. Baju 3 beranak siap seperti yang dijanjikan. Baju mama gak yang tak siap2 lagi. Hopefully ujung minggu ni siap ler. Takmo sejarah lama berulang kembali.

Tak sabar lak nak tengok si kecik dua org ni pakai baju melayu di Hari Lebaran...hehe

Sunday, August 5, 2012

Muiz@6 months++

pamping - uji kekuatan otot tangan

macam nak merangkak

aksi apa ni dik? abg kata adik tonggeng..hehe

apa2 je la dik ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...