Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

An-Nazifu....

....minal Iman....(Kebersihan sebahagian daripada iman).

Sambil bersiap2 pagi tadi tetiba terpikir rasa syukur sangat2 duduk di Malaysia, menjadi warganegara Malaysia yang aman, takde perang sana-sini, bukan hidup dalam ketakutan, bebas bergerak ke sana-sini seperti biasa, makan minum, pakai, tido, sume cukup. Dan harap2 keamanan ni kekal lah selama-lamanya. Terbayang jugak macam manalah nanti bila saya dah takde, yang tinggal anak2 dengan dunia yang semakin mencabar.

Sebenanya terpikir pasal BE*SIH tu. Meja rundingan di Malaysia ni dah tak berkesan lagi ke hinggakan nak berdemonstrasi. Saya memang kurang arif bab2 politik ni dan malas nak masuk campur. Kat mana2 pun ada politik termasuklah kat opis. Isu tu betul ke....fitnah ke....Tuhan je yang tahu.  Kalau kita setakat tahu dari mulut orang, tak tau sejauh mana kebenaran, baik diam dari menambah dosa. Demonstrasi? Saya tak nampak langsung kebaikannya.Yang saya nampak, perintah berkurung. Tak ke menyusahkan?

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, rasa tak sesuai plak nama perhimpunan tu jika dikaitkan dengan sabda Rasulullah SAW, Kebersihan Sebahagian Daripada Iman. Sama-samalah kita pikirkan.

Syukur sebab Malaysia tak macam ni.....

Wad bersalin di Filipina. Saya cedok dari sini.

Wednesday, April 6, 2011

Isu

Saya muak dengan isu video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Contoh surat khabar semalam dengan selambanya memaparkan gambar video berkenaan yang saya rasa tak patut langsung menjadi muka depan akhbar tersebut. Adakah rasa malu sudah tidak wujud lagi dalam diri manusia zaman sekarang ni? Bagaimana kalau budak-budak bawah umur membaca berita-berita seperti ini? Menjijikkan. Tak mustahil pendedahan seperti ini boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anak-anak muda zaman sekarang. Nauzubillah...Zaman saya, nak tengok cite omputih pun mak abah saya tak bagi. Yelah kan ada adegan-adegan yang tak sepatutnya dilihat. Adoi...saya amat risau. No wonder banyak sangat cabaran sekarang ni dalam membesarkan anak-anak berbanding dengan zaman mak-mak kita dulu.

Ni satu lagi isu. Cikgu memukul anak murid sampai meninggal dunia. Mana perginya persaan belas kasihan sesama insan? Marah tak salah. Merotan juga tak salah. Tapi mesti ada batasnya. Perasaan amarah yang tak dapat dikawal inilah padahnya. Setahu saya seorang guru telah melalui pelbagai kursus dalam mendidik anak-anak bangsa. Mereka sepatutnya lebih arif dalam mendidik dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab. Belajar pedagogi tak? Tak mudah untuk menjadi seorang guru. Pada saya kalau setakat nak jadi cikgu sebab kerja lain tak dapat, baik batalkan saja niat tu. Jadi cikgu memerlukan minat yang mendalam dan kesabaran yang tinggi. Adik saya seorang guru. Saya pun pernah jadi cikgu lepas abis belajar. Memang memerlukan kesabaran. Budak-budak tau je la kan. Haih...

Mode : Risau memikirkan isu zaman milenium nih. Ibu bapa memang sangat2 memain peranan yang penting dalam membentuk peribadi dan tingkah laku anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Terasa sangat setelah menjadi ibu ni...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...