Tuesday, July 30, 2013

Pinky n Zara new look

Mama excited dapat baju pink...hehe. Thank you aunties for d gift.
Saya dah pun berwajah baru. Hari ke 44 baru cukur. Hmm x dpt pahala sunat hari ke 7. Mama suka la tu dah habis pantang ;)

Tuesday, July 23, 2013

Masanya telah tiba~~

Semalam check-up adik Muaz dan Muiz sebulan. Alhamdulillah mama dan adik sihat. Adik dah 4.8kg. Saat-saat kelahiran adik Muaz Muiz masih terbayang lagi. Totally different from previous delivery. Delivery Muaz dan Muiz memang lebih kurang sama je. Bersalin normal, 38 minggu++ , tanda sama, waktu sakit yang sama (time org tgh syok tido 2 3 pagi) dan bersalin waktu pagi. Muaz 7.40 pagi, Muiz 4.30 pagi (cepat skit sbb no 2)

Kali ni? Totally different. Adakah sebab beliau seorang puteri? Hanya Allah yang tahu. By the way memang pengalaman baru untuk mama. Selalunya kita akan based on previous experience. Dats y dah ambil cuti awal. Sebelum ni x pernah ambil cuti awal pun. Tup tup hari ni kerja, esoknya bersalin. Kali ni standby lebih awal. Tapi dah 40 minggu rupanya tak bersalin lagi. Kalau keje pun, rasa memang dah x larat dah bila masuk 39 minggu.

Kalau ikutkan anak ketiga lagi senang bersalin. Orang cakap la. Genap 40 minggu (130613) masa follow-up check-up di hospital baby masih belum engage. Doctor scan, baby breech. Adalah bahaya sekiranya berlaku contraction waktu ini. So doctor decide for LCSC esoknya. Adeh...Caesar? Cemana plak rasanya ni? Redha dan berserah saja. Saya tau ada hikmah di sebaliknya kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk hambanya. Jam 11 malam warded dan kena puasa.

Boleh senyum tapi dlm hati Allah je yg tahu
Tepat jam 11 pagi 140613. Saya dibawa ke OT. Jumpa pakar bius dulu. 1st time kena bius. Separuh badan jer. Risau je tgk jarum nak masuk ubat bius kat tulang belakang. Sib baik jarum tak sebesar nak amik air tulang belakang. Gerun!! Start operation 1130 pagi. Baby out 1157 pagi. Terasa sangat lega masa ni. Baby pun nangis. Saya dengar je apa yg doktor cakap masa operation. Siap nampak lagi masa dia tengah jahit. Sy senyum je bila nurse tunjuk baby girl. 3.2 kg. Muka sebijik abang dia Muiz. Alhamdulillah. Jam 1.00 tengahari selesai. Letih dan lesu sangat. Dengan tak makan. Rasa nak muntah. Tak larat betul rasanya.

Alhamdulillah ada adik yang sudi meneman malam tu untuk tolong saya walaupun baru balik dari Jelai, K. Pilah. Tq MNgah. Husband cannot stay. Nak g toilet pun tak larat. Esoknya baru boleh bangun. Mulalah saat berpantang. 2nd nite di hospital cuba berdikari sendiri. Nak harap adik lagi sian plak. Masing2 nak balik tempat kerja dah. Sumenya dok jauh2.

Till now luka luar dah baik. Cuma luka dalam still rasa menyengat. Yang penting Azzahra binti Mohd Azryil Azimie telah selamat dilahirkan. Semoga anak mama ni membesar dengan sihat, sentiasa di bawah lindungan, rahmat dan kasih sayang-Nya. Jadi anak yang solehah ye sayang...Mama luv u!~

Azzahra@38 days

Thursday, July 18, 2013

Seven~~

Yesterday marked seven years in d service.
Today marked six years confirm in d service.
Alhamdulillah...;)

Happy 7th anniversary to us!
Modul paling best n adventure. 'To serve to strive and not to yield'
Happy anniversary dear husband! ;)
Wajib ada gmba 3 permata hati kami...Alhamdulillah syukur...

China lagi~~

Dek kerna terlalu *busy* maka entry ini telah lama tertangguh. Apa kata kita layan gamba ;)

Day 2


Day 2 in Zhuzhou. Kami dibawa oleh tourist guide yang tak berapa nak guide ke bandar Zhuzhou. Frust sebab tourist guide ni x tau tempat shopping yang best kat Zhuzhou ni. Tapi sebenarnya kat Zhuzhou ni memang xde mende sangat pun. Jalan2 jela sampai lebam tengok negara orang.


Dah penat jalan, isi perut plak. Ni katanya Muslim Restaurant tapi pakaian x menggayakan Muslim. Hmm. Masakan diorang ni agak oily. Rakan2 lain bertambah2 makan. Saya? Erkkk...Makan sekadar alas perut. Balik hotel pulun roti.


Shopping complex kat sini, satu bangunan jual 1 item. Contoh kalau kasut, satu bangunan ada 5 tingkat, semuanya jual kasut. Macam2 jenis ada. Kalau rajin, jalanlah dari tingkat 1 sampai tingkat 5. Tu ibu mengandung dah keletihan kat atas tu. Rehat jap kat tepi sementara tunggu teksi.


Petang tu kami dibawa ke restoran seafood. Seriously, makanan kat cni x kena langsung dengan tekak sambal belacan saya ni.


Ni dia matawang China, Renminbi (RMB). RM1= RMB2. Pegi bawak 2 ribu. Balik bawak 2 ribu gak.
Ceh tipu la kan. Tiket high speed train je dah 150 sehala. Tak soping sangat pun kat sini. Lain la kalau g Beijing ke kan. Xde apa yg nak di sopingkan sangat kat cni. Tapi ada certain gadget memang murah kat cni compare ngan kat Malaysia. Macam tab, power bank etc.

Day 3

Esoknya kami dibawa ke salah satu tempat bersejarah kat sini. Tokoh ni, Chairman Mao Zedong dikatakan tokoh penting masa merdeka dulu. Tempat ni adalah tempat tinggal Chairman Mao n family. Yg warna biru tu katil. Katilnya sangat kecik. Tak tau camne boleh tido atas tu. 


Here are some of the pics...

With kak suraya
Kat pintu masuk umah Chairman Mao
Nice view ni. Klu spring mesti lagi cantik.
Tu dia tugu Mao Zedong. Ada upacara peringatan gak masa kami datang
Replika batu berupa ayam tu adalah peta China. 2 batu kat bawah tu adalah Hong Kong n Taiwan
Zara was here, dalam perut mama@6 month ;)
Mao Zedong Square
Dah penat jalan isi perut lagi. Malam rehat2 aje
Day 4

Leaving Zhuzhou for Guangzhou

At 9.00 am naik high speed train
I managed to capture dis. The highest speed.
peace!
View from the train. Klu musim bunga musti lg cantikss
Dalam metro. Otw to Guangzhou Railway Station
Jalan2 di bandar Guangzhou
Jalan2 sampai lebam
Very nice people. Sangat risaukan saya sbb pregnant
Day 5

@Guangzhou

Time to go home. Missed my familia.

Mamat buat kue teow
Soping tea china sebelum balik. Sampai skang x minum2 lagi. haha
Testing testing tea china. Minum kat sana je sedap ;p
Tak sabarnye nak balik...hehe
Time to go home
Guangzhou Baiyun International Airport
Subhanallah
Alhamdulillah dah selamat sampai KL dan dipermudahkan segala-galanya di sana.
Balik opis kena buat report.
Report pun dah hantar kat bos.
Bos nnt hntr saya ke Germany n Montreal plak ye ;p

Sekian...;)

Wednesday, July 17, 2013

Angah Muiz~~

Sayang Muiz yang menggeramkan yang selalu buat mama tergelak ;)

Thursday, July 4, 2013

Zara@20 days~~

Berat saya dah 3.85 kg
Mama luv u...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...