Tuesday, June 12, 2012

Work vs Family

What is more important other than family?

When it comes to 'work vs family', of course I choose family.

I'm not saying that work/carrier is not important. Yes, it does.

Both are important.

But no matter how hard to choose.

Family beats carrier.




Wednesday, June 6, 2012

Apa2 je...

Bosan sementara tunggu nak masuk bilik meeting. Hati dah kokobar nak balik ni.

Last week minggu yang sangat relax dok golek2 ngan anak kat umah. Minggu ni relax juga. Time cuti skolah jalan pun x jem. 745am keluar rumah sempat lagi punch before 8am. But next week 645 am wajib keluar rumah.

Lunch hour bukan masa untuk berrelax-relaxan. Balik. Beli lauk untuk Mr Mama. Susukan adik. Makan. Solat. Masuk opis jam 2pm. Tak sempat buka fb. Heheh.

Yeay! Tomorrow mak abah angah balik. Saya declare cuti! Banyak mende nak wat esok ni. Tak sabar! ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 31, 2012

Muiz@4 months++

Cak!
Dalam buai pun bley menangkup...hehe
Si ulat bulu...hehehe
Skang ni sume benda nak masuk mulut ;)

Rindu...at the same time happy!

Dah masuk 5 hari mak, abah n angah kat bumi Anbiya'. Alhamdulillah semalam dah selamat sampai ke Makkah setelah 4 hari di Madinah. Masya Allah rasa membuak2 hati ni jugak nak  g sana mengunjungi Baitullah dan makam kekasih Allah. Semoga diizinkan Allah untuk sampai ke sana. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Semoga mereka sihat dan dipermudahkan segala-galanya. Amin. Rindu...

But at the same time happy jugak sebab dapat fulltime ngan anak-anak. Seminggu on-leave. So abang pun takyah g school. Mama take turn ngan abah seminggu sorang maklumlah cucu dijaga oleh wan n atuk.

Cakap pasal anak-anak ni abang macam-macam kepandaiannya. Adik plak macam-macam gaya ada. Tido menangkup pun bole ye dik.



Sunday, May 27, 2012

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibubapaku. Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dan mengasihi mereka.

Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan ibubapaku serta adikku yang akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Permudahkanlah urusan mereka sebelum pergi, semasa berada di sana dan semasa pulang nanti. Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, hanya padaMu ku bermohon. Hanya Kau yang berkuasa ke atas segala-galanya. Hanya Kau yang mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Amin Ya Rabbal 'Alamin"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...