Jap je masa berlalu. Dah 6 bulan ++ Muiz lahir. Alhamdulillah bila makan cukup, tido cukup, InsyaAllah tak susah wan jaga. Isnin lepas Muiz check-up 6 bulan. Alhamdulillah...semua ok. Cuma berat je tak naik banyak. Kena makan banyak2 ni Muiz. Mama kena rajin masak nampaknya.
Meniarap, bergolek boleh dah. Masih lagi dalam cubaan untuk merangkak. Punggung n tangan dah naik dah. Dok la goyang ke depan, goyang ke belakang tapi tak gerak2 lagi...hehe comeyy. Gigi tak nampak lagi. Nampak gaya macam merangkak dulu baru tumbuh gigi. Kontra ngan abang Muaz. 5 bulan dah tumbuh gigi. 8 bulan baru merangkak. Tak kisah la tu janji dua2 sihat sudah.
Masa first n second day bagi bubur nasi +carrot+ikan goreng. Makan sikit je. Baru nak belajar kan. The next day mama dah tau teknik, then banyak juga Muiz makan. Bila tak abis abang sapu. The next day plak langsung taknak sambil memaling muka. Kenapakah Muiz? Bubur mama 'sedap sangat' kah? Senang je nak tau dia nak ke tak nak. Paling kepala je memang tak nak la tu. Bagilah cemana pun tetap tak nak. Itu Che Mon...hehe. Kalau ngantuk pun camtu. Sampai mama nak bagi nenen pun dia menolak. Tak macam abang yang terus ngap!!! ;D
Ya! Muiz masih bf setakat ini. Tapi exclusive bf sehingga 5 bulan 1 minggu je...huhu. Lepas tu terus campur. Lunch mama balik so minum susu
lembu formula 2x sehari. Jadual pam mama plak asik lari je. Lama2 stok EBF pun kurang. Saya tabik pada kawan2 yang masih fully bf sampai sekarang. Serius memang kena kuat semangat!
Jom layan gamba Muiz ngan camel yang boleh nyanyi. Ya Thoiyyiba...Ya Thoiyyiba~~
 |
| Hye mama |
 |
| Apa ke benda ni? |
 |
| Eh bley nyanyi plak |
 |
| Rasa nak makan jer |