Hari yang penuh suram, hari yang penuh kesedihan. Walaupun tidak berlaku dalam keluarga saya mahupun kenalan namun kesedihan masih dirasa. Apatah lagi ahli keluarga, adik-beradik penumpang dan anak kapal MH17. Tak dapat dibayangkan jika saya berada di tempat mereka. Adakah saya sekuat mereka? Semoga mereka sentiasa tabah dan redha dengan pemergian insan tersayang. Sangat beruntung kerana jenazah didoakan dan solat jenazah oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sesungguhnya kematian itu pasti. Bila dan bagaimana saat mati itu hanya Allah yang tahu. Berdoalah sentiasa semoga kita mati dalam keadaan husnul khotimah. Amin...
Gugur juga air mata ni bila tengok gambar ni. Sebak... :'(
 |
| Source: Insta paknil |
Didoakan juga semoga semua usaha yang dilaksanakan ke atas MH17 dan MH370 dipermudahkan dan diberi petunjuk oleh Allah SWT.