Wahhh...lamanya tak masuk sini. Godek2 balik, baca entry2 lama...kenangan sungguh la😍. Anak2 yang dulu masih kecil semua dah makin membesar sekarang. Itu maknanya mama pun semakin menginjak usia. Hari tu, anak sulung bgtau dia search nama dia tetiba keluar gambar2 dia dalam blog mama ni😅 Silakan baca ya. Moment2 indah abah ngan cucu2 pun ada. Rindunya abah. Setiap hari tak pernah tak rindu😢
Dah masuk hampir 2 minggu dalam tahun baru ni. 2022 memberi banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Terutama kehilangan abah tersayang di bulan Ramadhan. Moga abah tenang di sana dan tergolong dalam kalangan orang2 beriman dan beramal soleh. Masa ni si comel mama no.5 dah 3 bulan dalam perut. Peneman mama uruskan atuk keluar masuk hospital. Ingat lagi buka puasa dengan sebiji kurma dan air mineral saje di balai polis dek kerana misscommunication by the doctor...hmmm. Kul 12 tengah malam baru menjamah nasi. Alhamdulillah mudah semuanya. Takdelah angin, loya bagai.
Now si comel dah 3 bulan++.
Oppsss...dia dah bangun. Next time kita tulis lagi kalau rajin hehe.
Sementara jadi temporary housewife ni😀
