Tuesday, June 28, 2011

Snow cap a.k.a Serkup

Dulu masa kecik2 bila mama pakaikan topi ke...letak kain tutup kepala ke..mesti tak nak. Pakai songkok mase raya? Tak sampai seminit dah cabut balik.

Tapi skang die lak yang pandai2 amik snow cap aka cerkup wan sarung atas kepala...:D

Ngeee.....
Kalau tak tolong kemas umah wan sehari tak sah :D
Macam combat pun ade :D

Wednesday, June 22, 2011

Jawapan yang menghiburkan~~

Abah  :  Abang mana?

Muaz  :  A-ban (sambil menunjuk diri sendiri)

Abah  :  Muhammad mana?

Muaz  :  A-mad (sambil menunjuk diri sendiri lagi)

Abah  :  Muaz mana?

Muaz  :  Az (nama glamer saye sambil tunjuk diri sendiri juga) :D

Saturday, June 18, 2011

Oh, sayangku!

At least he knows dat shoe is compulsory when he's going out :D
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 17, 2011

Lagi panggilan Ilahi

Semalam kami sekeluarga menerima panggilan lagi dari Melaka yang wan sedara kami, Wan Tijah (satu-satunya wan sedara yang masih tinggal) telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.

Monday, June 13, 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat arwah my classmate masa F4 n F5, Shah Reedza Mohd Din yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Melalui FB kawan2 katanya arwah sesak nafas masa tengah drive. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Semoga wife n anaknya yang lebey kurang Muaz juga umurnya  tabah  menghadapi semua ni....:(

Teringat plak saya masa menonton Al-Hidayah Jumaat lepas mengenai MATI. Sesungguhnya kematian sangat hampir dengan kita. Meremang bulu roma bila bercakap pasal mati ni. Dua perkara yang saya masih ingat ketika saat sakaratul maut (sekadar berkongsi). 
  1. Jika roh tersebut disayangi Allah, maka Allah akan memberitahu malaikat Izrail supaya dicabut nyawanya seperti air yang mengalir.
  2. Jika roh tersebut dibenci Allah, maka Allah akan memberitahu malaikat Izrail supaya dicabut nyawanya terpulang bagaimana cara engkau ingin mencabutnya. Nauzubillah.
Bila Allah dah perintahkan malaikat supaya melaksanakan yang ke-2, maka roh akan menjadi takut dan tidak mahu keluar dari tubuh menyebabkan ia berkecai dalam badan. Sebab tu bila roh tidak mahu bercerai dari badan, maka malaikat akan sentap sekuat mungkin hinggakan ada yang meninggal dengan mata terbeliak dan mulut berbuih. Nauzubillah.

Semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang diredhai Allah.

p/s: Tetiba teringat arwah Mak Long....:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...