Thursday, May 31, 2012

Muiz@4 months++

Cak!
Dalam buai pun bley menangkup...hehe
Si ulat bulu...hehehe
Skang ni sume benda nak masuk mulut ;)

Rindu...at the same time happy!

Dah masuk 5 hari mak, abah n angah kat bumi Anbiya'. Alhamdulillah semalam dah selamat sampai ke Makkah setelah 4 hari di Madinah. Masya Allah rasa membuak2 hati ni jugak nak  g sana mengunjungi Baitullah dan makam kekasih Allah. Semoga diizinkan Allah untuk sampai ke sana. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Semoga mereka sihat dan dipermudahkan segala-galanya. Amin. Rindu...

But at the same time happy jugak sebab dapat fulltime ngan anak-anak. Seminggu on-leave. So abang pun takyah g school. Mama take turn ngan abah seminggu sorang maklumlah cucu dijaga oleh wan n atuk.

Cakap pasal anak-anak ni abang macam-macam kepandaiannya. Adik plak macam-macam gaya ada. Tido menangkup pun bole ye dik.



Sunday, May 27, 2012

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibubapaku. Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dan mengasihi mereka.

Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan ibubapaku serta adikku yang akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Permudahkanlah urusan mereka sebelum pergi, semasa berada di sana dan semasa pulang nanti. Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, hanya padaMu ku bermohon. Hanya Kau yang berkuasa ke atas segala-galanya. Hanya Kau yang mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Amin Ya Rabbal 'Alamin"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 20, 2012

Sleep tight~~

Owh tanganmu, dik ;)

Kenangan terindah~~

Cantik tak view ni? Saya suka ;D
Tapi bukanlah gambar di atas kenangan terindah yang dimaksudkan. Berbengkel bersama bos tidaklah terindah langsung kecuali bercuti bersama keluarga tersayang...heheh.

Mengambil kira keadaan sekarang ni kalau boleh memanglah tak mahu langsung berpisah ngan anak kecik atau outstation mana-mana. Tapi keadaan memaksa dan tiada pilihan memang kena pergi juga. Mulanya nak bawa si kecik but due to some reason tak jadilah nak bawa. Tinggallah anak-anak mama di rumah ngan abah, atuk n wan. Untuk adik stok masih ada lagi. So, mama lah kena stock-up di Cameron. Segala keperluan wajib dibawa termasuklah bekas nak isi susu masa balik nanti. Kenalah bawa bekas kedap udara yang orang dok selalu isi nasi masa kenduri tu. Tu je pun bekas yang ada. Berangkutlah masuk dalam keta office semua.

Yang bestnya antara soalan cepu emas. Nak picnic ke Niza? Bawa bekal nasi ke? Yang paling best one of my friend, an Indian guy said this: "I thought u wanna put strawberry inside. So when u come down the strawberry is still fresh"..haha. Takde maknanya nak letak strawberry. Sampaikan driver pun pelik. Bekas ni isi apa ye? ;)

Tenkiu to staf Equatorial atas jasa baik memberi ais. Akhirya selamatlah stok Muiz dibawa turun dari Cameron ke SK. Alhamdulillah ;) First time mama outstation masa Muiz masih fully bf. Masa Muaz dulu kalau kursus pun dekat2 je. Outstation jauh pun masa Muaz dah setahun lebih.

Kenangan terindah ;)

Stok 3 hari 2 malam



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...